SINGAPURA: Agensi penguatkuasaan undang-undang Sepanyol telah mendapat bukti berkaitan kes pembunuhan seorang wanita warga Singapura berusia 39 tahun, Audrey Fang Dirou semasa menggeledah bilik hotel teman senegara berusia 43 tahun.
Pasukan "Civil Guard" dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia berjaya mengesan dan memberkas lelaki Singapura itu pada 16 April menggunakan imej daripada kamera pemantauan, menunjukkan Fang diambil dengan sebuah kenderaan di luar hotel penginapannya pada hari sebelum kematiannya.
"Walaupun imej gelap tidak memberikan maklumat tepat seperti nombor pendaftaran kenderaan, Civil Guard berjaya mengenal pasti jenama dan model kenderaan itu selepas menganalisis saiz dan bentuk lampu depan dan belakangnya.
Inilah bagaimana mereka (penyiasat) berupaya untuk mengikuti jejak mereka, mengesan laluan pergi balik kereta itu. Permulaannya adalah sebuah tempat parkir di sebuah hotel di Alicante, dari mana lelaki itu pergi ke hotel penginapan mangsa di Javea dan kemudian ke kawasan perbandaran Abanilla," kata Civil Guard yang merupakan sebuah daripada dua pasukan polis di Sepanyol.
Agensi penguatkuasaan itu berkata sebaik sahaja kenderaan dan hotel terbabit dikenal pasti, mekanisme pemantauan diwujudkan sehingga suspek ditangkap.
Mangsa yang tiba di Sepanyol bersendirian untuk bercuti, mendaftar masuk di sebuah hotel di Pekan Javea dalam Wilayah Alicante, Valencia pada 4 April dan dijadualkan mendaftar keluar pada 10 April.
Menurut beberapa laporan media, mangsa bercakap buat kali terakhir dengan keluarganya pada 9 April dan kamera litar tertutup mendapati dia berjalan keluar dari hotel pukul 8.45 malam hari sama.
Sementara itu, Olive Press Sepanyol pada Jumaat melaporkan suspek telah dibawa ke mahkamah di Cieza, Murcia pada Jumaat yang mana peguam keluarga mangsa Manuel Martinez meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.
Abang Fang dan dua lagi saudara-maranya turut hadir pada pendengaran kes itu.
Keluarga Fang menghubungi Kementerian Luar (MFA) pada 11 April selepas mereka tidak dapat menghubunginya dan membuat laporan polis sehari kemudian selepas dia tidak tiba di Singapura seperti dijadualkan.
Tubuh mangsa dengan pelbagai kesan tikaman ditemukan pada 10 April di sebuah kawasan berhampiran tempat parkir sebuah restoran di kawasan perbandaran Abanilla di Wilayah Murcia, kira-kira 150 kilometer dari hotel penginapannya.
Pihak berkuasa pada awalnya tidak dapat mengenal pasti identiti Fang kerana tiada dokumen ditemukan pada mayat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Agensi penguatkuasaan undang-undang Sepanyol ketika menggeledah bilik hotel suspek. - Foto Civil Guard of Spain
Program eUsahawan MDEC jana jualan terkumpul lebih RM1.24 bilion
Program eUsahawan yang diterajui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjana jualan terkumpul melebihi RM1.24 bilion di seluruh negara setakat ini.
Liga Arab sambut baik resolusi PBB sokong usaha Palestin menjadi anggota penuh
Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh UNGA baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB.
Putrajaya hargai usaha Syria jadi perantara rundingan damai
Malaysia telah menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah disampaikan dalam pertemuan beliau dengan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al-Thani dalam pertemuan mereka pada Ahad.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Panas! Didi Astillah spill the tea lagi - "Masa bersama isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula?”
Susulan kemunculan, penyanyi Aliff Aziz menerusi temu bual bersama program Melodi pada Ahad, kini adik iparnya, Didi Astillah membuat pendedahan terbaharu yang mengejutkan.
Mahkamah Nepal perintah had permit mendaki Everest
Puncak Himalaya adalah lapan daripada 10 puncak tertinggi di dunia dan menerima ratusan pendaki setiap musim bunga, ketika suhu panas dan angin biasanya tenang.
Hospital khas Kuwait di Rafah mohon perlindungan antarabangsa
Hospital Khas Kuwait turut diduduki sebilangan besar delegasi perubatan dari Malaysia dan Indonesia.
Iraq-Syria tandatangani perjanjian, perangi puak pengganas
Kementerian Luar Iraq dan Syria tandatangani perjanjian keselamatan pada Ahad, antara lain merangkumi usaha memerangi dadah, mengawal sempadan antarabangsa, dan menghapuskan kumpulan pengganas.
Projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada 14 kenderaan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan projek Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 Fasa Dua kepada 14 jenis kenderaan barangan mulai esok.
Kes Audrey Fang: Penyiasat temukan bukti dalam bilik hotel suspek
Peguam keluarga mangsa meminta warga Singapura itu yang tidak dinamakan di hantar ke penjara dahulu sebelum perbicaraan.