KAHERAH: Setiausaha Agung Liga Arab (AL), Ahmed Aboul-Gheit mengalu-alukan resolusi yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini yang menyokong usaha Palestin untuk menjadi anggota penuh PBB, lapor Xinhua.
"Undian besar yang memihak kepada resolusi itu jelas menunjukkan kompas kehendak global dan hala tuju pendapat awam antarabangsa," Aboul-Gheit dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan pan-Arab yang berpangkalan di Kaherah.
Pada Jumaat, UNGA menerima pakai resolusi yang mengisytiharkan kelayakan Palestin untuk keanggotaan penuh PBB.
Resolusi itu diluluskan dengan 143 undi menyokong, sembilan menentang, termasuk Amerika Syarikat dan Israel dan 25 berkecuali. Resolusi itu menyatakan bahawa "Negara Palestin... wajar diterima menjadi ahli" dan "mengesyorkan agar Majlis Keselamatan mempertimbangkan semula perkara itu dengan baik."
Ketua AL berkenaan berkata, langkah itu "mencerminkan realiti kelayakan Palestin untuk mendapatkan sebuah negara merdeka dan ia juga menghantar mesej yang betul kepada rakyat Palestin pada masa mereka terdedah kepada tragedi yang berterusan," merujuk kepada serangan Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza yang dikepung.
Aboul-Gheit menegaskan bahawa "negara yang percaya dengan penyelesaian dua negara perlu mempercepatkan usaha untuk merealisasikan visi ini," sambil menambah bahawa "pengiktirafan negara Palestin dan keahlian penuhnya dalam PBB mewakili langkah penting ke arah usaha itu."
Beliau menekankan kepentingan meneruskan tekanan diplomatik ke atas negara yang memberikan "perlindungan politik untuk Israel" dalam PBB.
Resolusi terbaharu itu datang selepas Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto bulan lepas dalam Majlis Keselamatan untuk menolak usaha menjadikan negara Palestin anggota penuh PBB. - BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024
Aboul-Gheit menekankan kepentingan meneruskan tekanan diplomatik ke atas negara yang memberikan "perlindungan politik untuk Israel" dalam PBB. - Gambar screengrab via reuters Production; Zainab Elhaj
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kesatuan Wartawan Palestin lancar kempen #WomenJournalistsWartime
Kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai keganasan yang dihadapi wanita Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anuar Zain dilantik Duta Kemanusiaan MAHAR
Anuar Zain dilantik sebagai Duta Kemanusiaan Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) sempena kempen 'Palestine Rays of Hope'.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.