KUALA LUMPUR: Sarawak terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan jangkitan harian baharu COVID-19 iaitu sebanyak 3,352 kes.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, jumlah kes harian baharu seluruh negara pada hari ini telah jatuh kepada 16,073 kes.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 1,995,771 kes.
Dr Noor Hisham berkata, Johor merupakan negeri kedua tertinggi iaitu sebanyak 2,030 kes, diikuti Selangor (1,947) dan Sabah (1,649).
Selain itu, negeri yang mencatatkan bilang kes melebihi 1,000 ialah Pulau Pinang (1,243), Kedah, (1,191), Kelantan (1,070) dan Perak (1,011).
Sementara itu Pahang pula mencatatkan 878 kes, diikuti Terengganu (704), Kuala Lumpur (398) dan Melaka (206).
Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 pula ialah Perlis (41), Putrajaya (16), dan Labuan (11).
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kapasiti penggunaan katil COVID-19 sehingga pukul 5 petang Ahad ialah 75 peratus untuk katil bukan ICU dan 83 peratus untuk katil ICU.
Mengenai status vaksinasi pula, beliau berkata, sehingga 12 malam Ahad, 65.4 peratus populasi keseluruhan telah menerima satu dos vaksin dan 52.6 peratus populasi keseluruhan telah lengkap dua dos.
Selain itu, beliau berkata, 91.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima satu dos vaksin, manakala 73.4 peratus telah lengkap dua dos vaksin.
Firdaus Azil
Mon Sep 13 2021
Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah angka 1,995,771 kes. - Gambar fail
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
COVID-19: 1,903 kes positif, Sarawak catat peningkatan dua kali ganda
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 1,903 kes positif COVID-19 sekali gus menyaksikan peningkatan dua kali ganda berbanding 857 kes yang dilaporkan pada Isnin.
COVID-19: 6,630 kes baharu, naik lebih 400 kes berbanding semalam
Jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah 2,420,222 kes.
COVID-19: 6,210 jangkitan baharu, kadar positiviti 4.28 peratus
Menurut Dr Noor Hisham, kadar positiviti hari ini adalah 4.28 peratus hasil ujian melibatkan 145,258 individu.
COVID-19: 9,380 kes baharu, Sarawak kekal tertinggi
Sejumlah 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara hari ini menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,303,837 kes.
COVID-19: 11,332 kes baharu hari ini, 97.8 peratus dalam kategori satu dan dua
Sarawak terus mencatat kes tertinggi dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319), Selangor (1,231), Kelantan (1,088), Sabah (965), Pulau Pinang (895) dan Kedah (819).
COVID-19: Kes sembuh 22,399 melebihi angka positif, Perlis pecah rekod 80 jangkitan
Sebanyak 19,378 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Jumaat sedikit menurun berbanding 20,988 kes semalam.
COVID-19: 81.13 peratus kes baharu hari ini tiada, tidak lengkap vaksinasi
436 kes atau 2.5 peratus daripada 17,672 kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan hari ini adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.
COVID-19: Malaysia lapor kes harian tertinggi, 23,564 jangkitan baharu
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, peningkatan kes melebihi 23,000 ini menjadi rekod kes tertinggi setakat ini.
COVID-19: 9,105 kes baharu, hampir 6,000 di Lembah Klang, 91 kematian
Sejumlah 9,105 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalu.
Total lockdown: Kerajaan kaji semula SOP jika kes harian COVID-19 bawah 4,000 - Ismail Sabri
Kajian semula SOP bukan bermakna kerajaan mahu menamatkan PKP 3.0.