awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes baharu kembali satu digit, ini lima tumpuan sidang media COVID-19 hari ini

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2020
09:46 MYT
Kes baharu kembali satu digit, ini lima tumpuan sidang media COVID-19 hari ini
Noor Hisham berkata kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia. - Foto Astro AWANI
Kes baharu COVID-19 kembali satu digit selepas cecah dua angka semalam. Ini lima tumpuan sidang media COVID-19 oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini:
1. Tujuh kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,904 kes.
2. Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara yang dilaporkan. Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.
3. Empat kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga warganegara Malaysia dan satu kes bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.
4. Kes import tersebut adalah dari negara Pakistan (1 kes di Sabah), Rusia (1 kes di Selangor), Australia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
5. Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 124 kes.
Topic Berkaitan
#Australia
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Indonesia
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#Pakistan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Rusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan