awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bakar tahfiz: Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2018
09:16 MYT
Kes bakar tahfiz: Remaja dilepas tanpa dibebas atas pertuduhan dadah
Keadaan lalu lintas di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung pada 21 Sept 2017. - BERNAMA
Mahkamah Majistret di sini hari ini melepaskan tanpa membebaskan seorang remaja lelaki yang merupakan antara suspek dalam kes pembunuhan penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tahun lepas.
Remaja berumur 16 tahun itu dilepas tanpa dibebas oleh Majistret Zilfinaz Abbas atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badan, September lalu.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa memasukkan dua jenis dadah iaitu ganja dan syabu ke dalam badan di tandas pejabat D7, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada jam 11.35 pagi, 16 Sept lalu.
Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun.
Bagaimanapun tertuduh itu tidak boleh dibebaskan kerana mempunyai satu lagi pertuduhan iaitu membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Nordin Ismail dan Nurakmal Farhan Aziz manakala dua remaja itu diwakili peguam Haijan Omar dan Joanne Chua.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 pagi, 14 Sept lalu, 21 pelajar dan dua warden maut selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.
Hasil siasatan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian terbabit.
BACA: Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah: Remaja lelaki bebas pertuduhan
BACA: Dua beradik dipenjara dua bulan kerana dadah
BACA: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan
Topic Berkaitan
#anak syurga
#Dadah
#ibu bapa
#Islam
#jenayah
#maahad
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#mati
#maut
#pelajar
#penjara
#polis
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#remaja
#siasatan
#Syabu
#tahfiz
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan