Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Beliau berkata akta tersebut dapat menjadi perisai untuk mempertahan dan mengekal keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.
"Ia juga isyarat jelas kepada pembangkang bahawa ia (akta) bukan senjata kerajaan kepada mereka. Ini kerana saya difahamkan, ada juga penyokong kerajaan (bantah)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan tersebut dan jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.
Sementara itu Nancy berkata, daripada sudut undang-undang, Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah, namun terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukannya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan mengikut perasaan terhadap perkara yang tidak disenangi mereka.
"Hal (ketidakpuasan hati) ini, boleh disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan atau membuat laporan polis, bukan dengan sewenang-wenangnya menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terutamanya membabitkan sensitiviti kaum," katanya.
Bernama
Wed Apr 22 2015

NANCY: Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal. -Gambar fail

Bekas Presiden Filipina Duterte menang kerusi datuk bandar dalam pilihan raya pertengahan penggal - Keputusan awal
Duterte mencatatkan kemenangan besar dengan memperoleh 405,000 undi berbanding 49,000 undi yang diterima pencabar terdekatnya.

Jejak Al-Haramain: TH laksana dam, korban melalui Adahi
Tahun ini, dam dan korban akan dilakukan bersama The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady and Adahi (Adahi).

Sepak Takraw Piala Asia 2025: Hasrat Malaysia raih juara berganda tidak kesampaian
Gandingan Muhammad Noraizat Nordin dan Muhammad Redwan Hakim Muhammad turun dengan aksi cemerlang untuk mendominasi set pertama dengan 15-7.

Jejak Al-Haramain: 11,396 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Tanah Suci setakat ini
Daripada jumlah itu, 5,253 jemaah kini berada di Madinah, manakala 6,143 jemaah lagi di Makkah.

Remaja lelaki 15 tahun ditahan berhubung kes bunuh wanita warga emas di Chiba
Pelajar sekolah menengah rendah itu mengaku membunuh Yayoi Takahashi, 84, dengan menikam belakang mangsa.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.

Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.

ECRL Sungai Chinchin: Terpulang kepada penduduk jika mahu fail injunksi - Amirudin
Terpulang kepada penduduk untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Sungai Chinchin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Penduduk bantah pembinaan asrama tempatkan 7,000 pekerja asing
Muhammad Idiris berkata, projek yang dicadang dibina di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda itu telah mendapat kebenaran.

Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.

Ancaman kenderaan berat, penduduk Felda Triang mohon jalan dinaik taraf
Enam tahun bukan tempoh singkat bagi kira-kira 1,600 penduduk Felda Triang 1 di Bera yang terpaksa berdepan dengan ancaman kenderaan berat yang keluar masuk di kampung mereka.

China umum kelonggaran sekatan COVID-19, di tengah-tengah bantahan awam
Kerajaan China melaksanakan pakej baharu membabitkan 10 langkah kelonggaran dasar sifar COVID-19.

Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk
Projek baharu bakal dibina namun tidak sedikit pun mereka gembira kerana dakwa penduduk, ia hanya menambah masalah kepada masalah yang sudah ada, kesesakan jalan yang teruk.

Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.

Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy
Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.