awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat

Bernama
Bernama
13/12/2024
13:15 MYT
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Hussein berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada bapa bayi berkenaan hari ini dan kes diklasifikasikan di bawah kertas inkuiri polis bagi menentukan sama ada wujud unsur jenayah.
"Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan sedang menjalankan siasatan secara mendalam untuk menentukan sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah dalam isu ini serta menangani perkara ini dengan sebaik mungkin," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau juga berkata dakwaan yang tidak disahkan berpotensi menyebabkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat sekali gus menyeru masyarakat agar tidak menyalahgunakan platform media sosial untuk menyebarkan maklumat yang mampu menimbulkan kegusaran awam.
"Semua pihak diharap bersabar bagi menunggu hasil siasatan yang sebenar," katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial kisah jenazah bayi lelaki itu yang didakwa ditahan dan disimpan dalam peti sejuk mayat selama dua minggu oleh sebuah hospital swasta selepas bapanya tidak mempunyai wang untuk membayar bil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#hasil siasatan
#hospital swasta
#peti sejuk mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan