Kes bayi maut ditikam: Jenazah diserah kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman

Astro Awani
Februari 13, 2022 11:06 MYT
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata ia bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah mangsa diuruskan sepenuhnya oleh pihak tersebut susulan keluarga mangsa kurang berkemampuan. - Gambar fail/BERNAMA
KEMAMAN: Jenazah bayi yang maut dipercayai ditikam ibunya dalam kejadian Selasa lepas diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata ia bagi membolehkan urusan pengebumian jenazah mangsa diuruskan sepenuhnya oleh pihak tersebut susulan keluarga mangsa kurang berkemampuan.
Menurut Hanyan, proses menuntut jenazah dan lokasi pengebumiannya itu akan ditetapkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Daerah.
Pada Selasa lepas seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah Kemaman, Terengganu.
BACA: Kes bayi maut ditikam: Polis cari Mohammad Hazuarie bantu siasatan
BACA: Bayi maut ditikam: Remaja 15 tahun direman di Hospital Kemaman
Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan dipercayai ibunya.
#bayi maut ditikam #jenazah bayi #Pejabat Agama Daerah Kemaman #Polis Daerah Kemaman #Kemaman