awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bayi maut ditikam: Polis cari Mohammad Hazuarie bantu siasatan

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
11/02/2022
11:13 MYT
Kes bayi maut ditikam: Polis cari Mohammad Hazuarie bantu siasatan
Polis mencari Mohammad Hazuarie Hassan, 20, beralamat terakhir di Bandar Seri Bandi, Kemaman, bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Gambar/ Polis Kemaman
KEMAMAN: Polis meminta kerjasama orang ramai mengesan seorang lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kes rogol remaja perempuan bawah umur yang terbabit dalam pembunuhan bayi lelaki baru dilahirkan di daerah ini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata suspek yang berusia 20 tahun dipercayai telah melarikan diri ke bahagian utara negeri ini.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu itu diminta tampil ke balai polis berdekatan atau boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Afif Mohd Amin di talian 012-6380342.
"Ia bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 376 kanun keseksaan," katanya di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Hanyan berkata, polis mencari seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Hazuarie Hassan, 20, beralamat terakhir di Bandar Seri Bandi, Kemaman, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Pada Selasa seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui mati dengan kesan tikam di bahagian kiri dada di sebuah rumah di daerah ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 hingga 9 pagi itu bayi tersebut dikatakan ditikam dengan objek tajam oleh seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai ibunya.
Topic Berkaitan
#kes bayi maut ditikam
#remaja tikam bayi
#rogol
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan