awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes berprofil tinggi tetap diteruskan - Ketua Polis Negara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/03/2020
08:31 MYT
Kes berprofil tinggi tetap diteruskan - Ketua Polis Negara
ABDUL HAMID: Tidak ada sesiapapun yang boleh halang, itu bawah peguam negara dan bidang kehakiman. - Gambar fail
Kerajaan bertukar atau tidak, kes-kes berprofil tinggi yang sedang dibicarakan atau disiasat polis akan tetap diteruskan.
Demikian tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang menjelaskan bahawa kes-kes itu melibatkan proses perundangan dan bukannya proses politik.
"Ini proses undang-undang, yang mana telah ditetapkan untuk bicara, yang sedang dibicarakan, berjalanlah seperti biasa. Tidak ada sesiapapun yang boleh halang, itu bawah peguam negara dan bidang kehakiman," katanya pada sidang media selepas memeterai deklarasi kerjasama strategik dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Pelabuhan Klang di sini, pada Khamis.
Antara beberapa kes berprofil tinggi yang menjadi tumpuan dan menjadi sebutan selepas perubahan kerajaan adalah melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Selain Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor turut didakwa atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah ratusan juta ringgit berkaitan projek membekal dan memasang tenaga solar di 369 buah sekolah di pedalaman Sarawak.
Turut berdepan pertuduhan di mahkamah ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.
Antara lain adalah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berdepan dengan pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta daripada pemaju perumahan.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hamid memberitahu, setakat ini, tiada kes disahkan positif jangkitan COVID-19 membabitkan pegawai atau anggota PDRM di barisan hadapan.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#APMM
#Najib Razak
#Rosmah Mansor
#Tengku Adnan Tengku Mansor
#UMNO
#undang-undang
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan