NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus berhubung isu buli dan beberapa isu berkaitan gejala sosial pelajar yang lain bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata semua pihak perlu menghormati proses siasatan yang dijalankan KPM selain bersabar menunggu tindakan lanjut yang akan diambil kelak.
Beliau mengakui kebimbangan semua pihak susulan kejadian buli dalam kalangan pelajar sekolah akhir-akhir ini namun percaya masalah tersebut dapat diatasi dengan penggunaan saluran yang tepat.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak memanfaatkan saluran aduan rasmi KPM bagi membolehkan setiap laporan yang diterima dapat disiasat secara adil dan saksama.
"Kita tidak berkompromi dalam isu buli ini, sebab itu saya sebut berulang kali saya mahu aduan di peringkat KPM dilaksanakan dengan rasmi , kita ada ADUBULI... kemudian proses dari segi siasatan ini harus telus.
"Negara ada hukum (undang-undang)... kita ada proses siasatan dan mesti sabar dengan proses siasatan ini.
"Ramai yang asyik tanya bila nak selesai... bila nak selesai... bila nak ambil tindakan, prosesnya harus kita hormat, semua pihak harus memberikan laporan... berikan siasatan yang adil dan kemudian hukuman ini bergantung kepada severity (tahap serius) tahap mana kes buli itu," katanya.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata beliau percaya isu tersebut dapat ditangani dengan bantuan semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat dan seluruh pemegang taruh sektor pendidikan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu buli dan masalah sosial melibatkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.
Terdahulu Ahli Parlimen Nibong Tebal itu merasmikan Karnival Kita Madani Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, Nibong Tebal pada Sabtu.
Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian buli dan pukul membabitkan pelajar sekolah menengah di Butterworth dan Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM) di Balik Pulau Pinang sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat May 27 2023
Fadhlina berkata beliau percaya isu tersebut dapat ditangani dengan bantuan semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat dan seluruh pemegang taruh sektor pendidikan. - Gambar/ Bernama
IRC 2024 tarik 800 penyertaan fokus tangani isu inovasi keselamatan digital
Perkongsian peserta yang terdiri daripada pengawal selia dan pakar bidang subjek adalah penting.
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Amalan tadbir urus yang baik demi kepentingan awam adalah lebih penting daripada jawatan yang dipegang. Namun, bila agaknya ahli politik di negara ini boleh mengikut prinsip sedemikian rupa?
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pemberian autonomi kepada pengetua Tingkatan Enam perlu disertakan garis panduan - PIBGN
Pemberian kuasa autonomi kepada Pengetua Pusat Tingkatan Enam untuk menjalankan proses pengambilan pelajar dicadang disertakan bersama garis panduan supaya tiada calon yang layak tercicir.
Kes buli: 'Ramai asyik tanya bila nak ambil tindakan' - Fadhlina jamin siasatan telus
KPM memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus berhubung isu buli dan beberapa isu berkaitan gejala sosial pelajar yang lain bagi memberi keadilan kepada semua pihak.
Isu buli: Sekolahku Sejahtera berlandaskan empat komponen utama - Radzi Jidin
Pendekatan itu bertujuan memupuk dan menerapkan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan warga sekolah.
Jangan berlaku buli dalam latihan askar wataniah - Tengku Abdullah
Baginda bertitah modul latihan ketenteraan apabila dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu meningkatkan tahap ketahanan fizikal serta mental mereka yang memilih untuk menganggotai pasukan itu.