awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Senarai calon Exco baharu dipersembah kepada Raja Perlis minggu depan - MB
Cinebench 2026 dilancar dengan ujian penanda aras lebih tepat
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes buli tentera: Tiada kompromi namun tidak wajar hukum mereka tidak berdosa - Hishammuddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/12/2021
11:00 MYT
Kes buli tentera: Tiada kompromi namun tidak wajar hukum mereka tidak berdosa - Hishammuddin
Hishammuddin menegaskan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang spekulasi ke atas mereka yang tidak berdosa. - Foto Kementerian Pertahanan
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti membuli dalam kalangan anggota tentera dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.
Namun demikian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang spekulasi ke atas mereka yang tidak berdosa.
"Tuan punya badan (pemilik akaun Twitter @pedoqpop) tidak tampil ke hadapan. Namun ada beberapa perkara lain yang dibangkitkan oleh netizen di luar sana. Saya telah minta timbalan menteri untuk membuat siasatan secara peribadi dan hal yang dipanjangkan kepada kita melalui DM (mesej peribadi).
"Kita tidak akan berkompromi dengan isu yang ada kaitan dengan buli tapi jangan kita dakwa mereka yang tidak berdosa dan siasatan rapi mesti dibuat.
"Jangan terikut-ikut dengan apa yang kita baca di luar sana, seseorang itu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Saya tidak mahu anggota saya ditarik oleh 'mahkamah media sosial'," katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) 2022, di sini pada Jumaat.
BACA: Dakwaan kes buli di kem tentera, 'DM saya terus jika benar' - Hishammuddin
Pada Khamis, Hishammuddin menggesa seorang individu yang mendakwa adiknya dibuli di sebuah kem tentera tampil memberikan maklumat supaya siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dapat dibuat.
Menerusi mesej itu, individu berkenaan turut mendakwa gaji dan wang simpanan adiknya habis kerana terpaksa membeli barangan keperluan untuk sekumpulan anggota senior di kem tentera terbabit.
Dalam pada itu ketika ditanya sama ada perjalanan DSA yang dijadualkan Mac tahun depan kemungkinan akan terganggu ekoran varian baharu Omicron, beliau menjelaskan adalah terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.
"Mungkin dua atau tiga minggu (kita akan tahu), kita tunggu keputusan Kementerian Kesihatan. Memandangkan ia berkisar dengan kesihatan, kita serahkanlah kepada Menteri Kesihatan untuk mengumumkannya," ujar beliau lagi
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Kementerian Kesihatan
#buli
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan