TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu hubungan antara bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCom) Datuk Mat Zaki Md Zain dan bekas isteri pemandu e-hailing nampak seperti sepasang kekasih.
Saksi pendakwaan kelapan kes pembunuhan, Shim Vui Nyen (HE), 51, bagaimanapun tidak dapat mengesahkan hubungan itu kerana Mat Zaki dan wanita yang dikenali sebagai Anna Juli atau Ann itu, tidak pernah menyatakan dengan jelas status hubungan mereka.
Ketika diminta Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Rohaiza Abdul Rahman untuk menjelaskan lanjut, saksi yang juga seorang pemilik kafe di Lahad Datu berkata mereka nampak seperti sepasang kekasih berdasarkan gerak geri mereka.
Rohaiza: "Boleh jelaskan pada mahkamah berdasarkan pengakuan kamu sejak bila mereka nampak sebagai sepasang kekasih?"
Shim : "Saya yang perasan, kadang kala".
Rohaiza: "Boleh jelaskan pada mahkamah, tempoh masa sejak bila mereka dilihat sebagai kekasih?"
Shim : "Selepas minum-minum".
Shim berkata demikian semasa memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu, 61, membabitkan lapan tertuduh iaitu Mat Zaki, enam anggota polis dan seorang orang awam.
Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, John Kennedy Sanggah, 44, dan Vivien Fabian, 34, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5 di sini di antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.
Menurut Shim beliau juga pernah bertanyakan kepada wanita itu mengenai status perkahwinannya, yang mana Ann menjawab dia masih bujang.
Menjelas lanjut semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Ram Singh mengenai hubungan Mat Zaki dan Ann, Shim berkata Ann pernah dilihat memeluk Mat Zaki selepas satu sesi minum-minum.
Pada satu soalan oleh peguam Datuk Ansari Abdullah, saksi itu berkata Ann pernah menyerang kereta Nurman yang berwarna putih dengan sebatang kayu selepas suatu pertengkaran dalam kafe milik saksi berkenaan.
Shim bagaimanapun bersetuju dengan Ansari bahawa beliau tidak pasti jika pertengkaran itu berkaitan wang yang dipinjamkan kepada Ann oleh mangsa dan belum dibayar balik.
Semasa pemeriksaan semula oleh TPR Khairul Azreem Mamat, Shim memberitahu Ann pernah menghubunginya pada 16 Jan lepas, supaya menghubungi Mat Zaki agar tertuduh tidak membalas mesej yang diterima daripada nombor telefon wanita itu.
Sebaliknya, Mat Zaki boleh membalas mesej yang diterima daripada nombor kod 22298, kata saksi itu.
Perbicaraan depan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Mat Zaki berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama. - Gambar/ Bernama

Kementerian Komunikasi umum Insentif Rebat Rahmah pada hari pertama Aidilfitri
Kementerian Komunikasi mengumumkan pemberian Insentif Rebat Rahmah sempena hari pertama Hari Raya Aidilfitri.

Juruterbang maut helikopter padam kebakaran terhempas di Korea Selatan
Perkhidmatan Perhutanan Korea menggantung operasi semua helikopter pemadam kebakaran buat sementara waktu.
Moreh ala 'healing' jadi tarikan baharu
Konsep moreh ala healing menjadi daya tarikan baharu bagi perniagaan semasa bulan Ramadan. Sundaydo - perniagaan yang digerakkan oleh sekumpulan anak muda mengetengahkan konsep itu yang berjaya memberi wajah baru dalam perniagaan di Malaysia

Jenazah suami isteri maut kemalangan selamat dikebumikan
Jenazah pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di Jalan Teloi Timur-Kampung Merbau Kudung semalam, selamat dikebumikan.
Pakar Malaysia di luar negara adalah aset berpotensi, bukan sekadar 'brain drain'
Menurut Pengarah Program Pengajian PPE, Taylor's University, Prof. Dr Ong Kian Ming, golongan pakar Malaysia yang bekerja di luar negara bukanlah ‘brain drain’ tetapi aset strategik yang dapat menjadi penghubung antara Malaysia dan syarikat global.

Bekas calon PN didakwa pamer Darjah Kebesaran Negeri Pahang palsu
Bekas calon PN bagi kerusi DUN Bagan Jermal pada PRN15 didakwa atas pertuduh an mempamerkan Darjah Kebesaran Negeri Pahang palsu.
Kerajaan MADANI umum Insentif Rebat Rahmah, tambahan 5GB data percuma sempena Aidilfitri
Menteri Komunikasi, Datuk fahmi fadzil berkata Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi akan melaksanakan pemberian Insentif Rebat Rahmah berbentuk tambahan kuota data minimum 5GB kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi warganegara Malaysia sama ada prabayar mahupun pasca bayar pada hari raya Aidilfitri pertama.
Katanya lagi, tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam tertakluk kepada terma dan syarat penawaran.
Katanya lagi, tambahan kuota data ini sah bagi tempoh minimum 24 jam tertakluk kepada terma dan syarat penawaran.

Seramai 5.4 juta bakal menerima bantuan SARA mulai 1 April
Kerajaan MADANI mengumumkan peluasan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April.

Suri rumah cedera ditimpa basikal dibuang dari tingkat 12 rumah pangsa
Mangsa, Azuraini Yazid, 43, yang tinggal di tingkat sembilan, sedang dalam perjalanan membuang sampah sebelum rebah akibat hentaman kuat basikal berkenaan.

Juruelektrik dipenjara enam hari, denda RM3,500 perdaya individu tak lapor ubah suai meter TNB
Seorang juruelektrik dijatuhkan hukuman penjara enam hari dan denda RM3,500 kerana memperdaya seorang lelaki untuk tidak melaporkan pengubahsuaian meter elektrik TNB.

Bekas Ketua Perisikan ESSCom didakwa subahat bunuh pemandu e-hailing
Kes bekas Ketua Perisikan ESSCom Datuk Mat Zaki Md Zain dan tujuh lain, yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing, dipindah ke Mahkamah Tinggi.