awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh: Hutang dipercayai motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
05/10/2023
11:17 MYT
Kes bunuh: Hutang dipercayai motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, siasatan kes terbabit telah selesai dan pihaknya mendapat arahan menuduh empat suspek utama. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Motif pembunuhan tiga warga Sri Lanka di Jalan Perhentian Kampung Kovil hilir, Sentul pada 22 September lalu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan dan hutang.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, siasatan kes terbabit telah selesai dan pihaknya mendapat arahan menuduh empat suspek utama.
"Kita percaya motif kejadian dipercayai akibat isu wang berkait hutang," jelasnya.
Mengulas lanjut, Allaudeen berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa dipercayai akibat lemas.
"Kita percaya mereka diikat sebelum dilemaskan. Bagaimanapun, tiada sebarang kesan didera ditemukan pada badan mangsa," ujarnya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul pada Khamis.
Sebelum ini, polis menemui tiga mayat warga Sri Lanka di dalam sebuah stor di lokasi kejadian dalam keadaan tangan dan kaki terikat.
Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati berada dalam keadaan bertindan antara satu sama lain, manakala kepala mereka ditutup dengan plastik.
Siasatan lanjut membawa kepada penahanan sepasang suami isteri dipercayai ibu bapa kepada salah seorang mangsa, tiga warga Sri Lanka dan seorang warga Pakistan berusia antara 20 hingga 40-an.
Salah seorang suspek berusia 43 tahun bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan polis di Lokap Berpusat Jinjang pada 30 September lalu.
Topic Berkaitan
#hutang
#kes bunuh
#Sri Lanka
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan