NATIONAL
Kes bunuh Norshamira: Suspek direman tujuh hari

Seorang penganggur disyaki membunuh wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini, Khamis lepas direman tujuh hari bermula hari ini. - Foto Bernama
KUANTAN: Seorang lelaki direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini Khamis lepas.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 53 tahun direman seminggu bagi membantu siasatan kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur.
- Polis menahan suspek di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, dan merampas beberapa barang termasuk cincin, wang tunai, dan pakaian.
- Bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat hentakan di kepala dengan objek keras atau tumpul, dan lemas. Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung kematian mangsa.
Turut dirampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat hentakan di bahagian kepala dengan objek keras atau tumpul, dan lemas.
"Orang ramai diminta jangan membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sebelum ini mayat seorang peniaga makanan wanita tempatan Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami