awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau

Bernama
Bernama
11/07/2024
10:07 MYT
Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Majistret membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah. -Gambar hiasan
TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes bunuh pemandu e-hailing Nurman Bakaratu yang membabitkan bekas isteri mangsa dan adik tiri lelaki wanita itu pada tahun lepas di sebuah ladang kelapa sawit dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanapun, tarikh sebutan di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.
Pada 24 April lepas, Nurima Juli, 35, dan Sadam Kiram, 30, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh Nurman, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Batu 5 Jalan Apas dekat sini antara 7.30 malam hingga 11.30 malam 13 Jan 2023.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dikenakan hukuman mati.
Sebelum ini, bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command Datuk Mat Zaki Md Zain adalah antara lapan tertuduh yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi atas kematian Nurman namun mereka dibebaskan pada 25 Jan selepas pendakwaan memaklumkan tidak berhasrat untuk meneruskan kes itu.
Ini selepas Nurima selaku saksi utama pendakwaan pada hari sama telah mengaku membunuh Nurman menggunakan sebilah gunting di dalam kereta Myvi putih yang dinaiki mereka ketika berhenti di lokasi kejadian pada 13 Jan 2023.
Sadam turut dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada 24 Ogos 2023 atas dakwaan melupuskan barang bukti namun pertuduhan mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan itu digugurkan hari ini atas permohonan pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nurman Bakaratu
#kes bunuh
#kelapa sawit
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#bekas isteri mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan