LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Mereka yang berusia antara 16 hingga 19 tahun dituduh bersama-sama membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi 22 Mac lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao manakala tujuh daripada 13 remaja lelaki itu diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Chen Wen Jye dan Amirul Amin Rashid.
Seorang lagi remaja diwakili peguam Abdul Gani Zelika manakala lima lagi tidak diwakili peguam.
Ram memberitahu pemberita bahawa laporan kimia serta bedah siasat kes itu masih belum siap dan 27 Jun ditetapkan untuk penyerahan dokumen.
Beliau turut memaklumkan pihaknya akan memfailkan jaminan untuk tujuh anak guamnya di Mahkamah Tinggi Tawau esok.
Pada 22 Mac lepas, Mohamad Nazmie Aizzat ditemui meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di beberapa bahagian tubuh di sebuah bilik asrama kolej itu.
Berikutan itu 13 pelajar kolej vokasional itu ditahan reman.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur. - Gambar fail/ Bernama

Berang dikejut sahur, remaja dipukul dengan airsoft gun
Pelaku naik angin dengan suara riuh-rendah kumpulan pemuda tersebut memandangkan anaknya sedang sakit.

11 juta hidangan berbuka puasa disediakan di Masjidil Haram, Masjid Nabawi sepanjang 15 Ramadan
Pada hari ke-17 Ramadan, sebanyak 10,822,999 hidangan iftar dan 10,290,000 paket kurma telah diedarkan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Farhan Hakimi & Geegee Ahmad
Gempa bumi sederhana di luar Pantai Barat Sumatera, Semenanjung turut rasai gegaran
Ainon setuju turunkan hantaran hina Nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
#AWANIpagi #AWANInews
Gempa bumi sederhana di luar Pantai Barat Sumatera, Semenanjung turut rasai gegaran
Ainon setuju turunkan hantaran hina Nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Lapan petugas MAPIM terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza
#AWANIpagi #AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN Kita | Building a safer ASEAN in a digital age
How prepared is ASEAN to confront growing cyber threats? How can we build a safer digital space together? Join us on ASEAN KITA as we discuss ASEAN’s cybersecurity challenges with Adjunct Professor Murugason R. Thangaratnam, Chief Executive Officer of Novem CS.

Remaja ditikam gara-gara ekzos motosikal bunyi bising
Pasukan penyelamat memberikan rawatan awal sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Trump ancam Iran jika Houthi terus menyerang
Trump menyatakan, serangan yang dilakukan oleh kumpulan Houthi akan dianggap sebagai tindakan langsung oleh Iran.

Perkhidmatan WHO di Afghanistan berisiko ditutup pada Jun
WHO menyatakan kekurangan dana ini berpunca daripada perubahan dalam "keutamaan bantuan pembangunan" dan pengurangan besar bantuan oleh AS.

Penduduk tuntut keadilan 59 mangsa kebakaran kelab malam
Mereka turut mendesak tindakan terhadap rasuah yang didakwa menjadi punca tragedi terburuk di negara itu dalam beberapa tahun.

Bekas Presiden Georgia, Saakashvili disabitkan kesalahan baharu
Mikheil Saakashvili yang dipenjarakan sejak 2021, dijatuhi hukuman penjara tambahan empat setengah tahun kerana memasuki negara itu secara tidak sah.
Kanada mahu Trump henti kenyataan 'tidak menghormati'
Kanada minta Presiden A.S Donald Trump henti kenyataan tidak menghormati terhadap negara itu.

Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran keluarga tertuduh tidak ugut saksi
Hakim memberi amaran kepada keluarga 13 pelajar yang dituduh membunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu supaya tidak mengganggu saksi.

Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disebut semula 27 Jun
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Hilang wang punca selisih faham pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu - Polis
Dua pelajar kolej vokasional itu masing-masing kehilangan wang RM50 serta RM35, dan mangsa pula kemudian dituduh sebagai pencuri.