awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi

Bernama
Bernama
17/01/2025
09:37 MYT
Kes bunuh pelajar: Pegawai polis boleh guna kenderaan peribadi kuat kuasa undang-undang - Saksi
Mohd Nazri Abdul Razak, 45, dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Dis 2023. - Gambar fail
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seorang pegawai polis boleh menggunakan kenderaan peribadi sewaktu menjalankan penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah trafik atau jenayah.
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 bersetuju dengan perkara itu ketika menjawab pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Mior Faridalathrash Wahid di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet hari ini.
Beliau juga bersetuju tiada arahan, peruntukan atau hukuman tetap oleh Ketua Polis Negara yang menghalang seorang pegawai polis untuk menggunakan kenderaan sendiri semasa menguatkuasakan undang-undang.
Mior: Setuju tak dengan saya jika saya katakan tugas dan tanggungjawab seorang pegawai polis sebagai penguat kuasa undang-undang selesai apabila dia menyempurnakan tugas dengan dia mengambil tindakan undang-undang sehingga pesalah trafik atau jenayah diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang?
Saksi: Setuju
Mior: Setuju tak dengan saya ada peruntukan undang-undang yang mengatakan bahawa seorang penjawat awam yang meninggalkan daripada menangkap atau membiarkan merupakan satu kesalahan jika dia gagal mengambil tindakan?
Saksi: Setuju
Mior: Dan tuan setuju tak dengan saya ada peruntukan undang-undang mengatakan, saya merujuk kepada Seksyen 225A Kanun Keseksaaan yang mengatakan seorang penjawat awam yang meninggalkan daripada menangkap atau membiarkan orang daripada peruntukan undang-undang itu merupakan satu kesalahan jika dia gagal mengambil tindakan seperti mengikut undang-undang?
Saksi: Setuju
Selain itu, Dasarthan berkata hasil laporan ujian oleh Jabatan Alam Sekitar mendapati paras bunyi ekzos motosikal Yamaha 135 LC adalah kuat dan melebihi 100 desibel.
Beliau juga bersetuju kadar bunyi dihasilkan daripada ekzos motosikal ditunggang Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, semasa hari kejadian adalah melebihi peraturan yang ditetapkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz bersama Nasrul Hadi Abdul Ghani dan Low Qin Hui manakala Mohd Nazri diwakili peguam M. Athimulan, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dan Aiman Hakim Kamaruzzaman.
Mohd Nazri Abdul Razak, 45, dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi di Jalan Taman Jati 1 berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati antara 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari pada 15 Dis 2023.
Beliau yang merupakan pegawai kanan polis didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai kanan polis
#bunuh pelajar
#Ipoh
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan