awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turkiye selar seruan aneksasi Tebing Barat oleh menteri Israel
HIBURAN
Tiada isu ‘overshadow’, Ziana yakin sinergi vokal Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel
MALAYSIA
Pengarah syarikat bergelar 'datuk' direman, kes pengubahan wang haram RM75 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kes bunuh pelajar universiti: Tiga suspek disambung reman tujuh hari

Bernama
Bernama
03/07/2025
03:21 MYT
Kes bunuh pelajar universiti: Tiga suspek disambung reman tujuh hari
Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu sebelum ini direman tujuh hari bermula 27 Jun dan tamat hari ini. - Gambar Bernama
SEPANG: Tiga suspek kes pembunuhan penuntut universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lepas, disambung reman tujuh hari lagi.
Suspek terdiri seorang lelaki dan dua perempuan itu tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 8.40 pagi, dan perintah reman dikeluarkan Majistret Khairatul Animah Jelani bermula esok hingga Khamis depan.
Sebelum ini, mereka direman tujuh hari bermula 27 Jun dan tamat hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, penahanan empat individu termasuk suspek utama, iaitu teman lelaki kepada rakan serumah mangsa, polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh 48 jam.
Mangsa yang juga penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan berasal dari Sarawak ditemukan maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya pada 10 pagi, 24 Jun lepas.
Mangsa dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#bunuh pelajar universiti
#kes bunuh di Cyberjaya
#suspek
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami