Kes bunuh seorang pensyarah universiti tempatan yang mayatnya ditemukan di dalam sebuah kereta di pinggir tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya pada awal Khamis lepas dianggap selesai.
Ketika memaklumkan perkara itu kepada pemberita di sini hari ini, Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata ini kerana motif pembunuhan telah dikenal pasti.
Bagaimanapun siasatan termasuk mencari bukti yang boleh disabitkan dengan perbuatan tetap diteruskan, katanya ketika ditanya mengenai penugasan Pasukan Polis Marin di kawasan tasik Taman Putra Perdana di Puchong.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah KLIA di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof yang ditemui pemberita pada majlis sama, berkata siasatan mendapati suspek membuat tempahan perkhidmatan e-hailing untuk terus ke lokasi mangsa ditemui.
"Suspek berkata dia mencari isterinya yang tidak pulang, namun menimbulkan keraguan apabila Grab Car yang ditempahnya terus ke lokasi kejadian, sedangkan kalau kita mencari orang hilang, kita akan cari di merata tempat," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi 30 Julai lepas (Khamis), pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Madya Dr Maizatulnisa Othman, 40, ditemukan mati di dalam sebuah kenderaan berhampiran tasik itu.
BACA: Kes wanita mati dijerut: Curiga pasangan ada 'kekasih gelap' punca pensyarah minta cerai
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun yang juga suami mangsa.
Menurut laporan, suspek dikatakan berpura-pura mencari isterinya dengan ditemani anak perempuan mereka yang berusia 14 tahun menggunakan perkhidmatan e-hailing selepas dipercayai membunuh wanita itu secara menjerutnya dengan tudung yang dipakai mangsa.
Kejadian dipercayai berlaku di Taman Mas, Putra Perdana pada Rabu lepas dan media melaporkan motif pembunuhan disebabkan suspek tidak dapat menerima hakikat isterinya memfailkan pengesahan penceraian.
Mengulas lanjut, Wan Kamarul Azran berkata polis telah mengambil keterangan anak perempuan mereka dan akan memanggil beberapa individu lain termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan suspek bagi diambil keterangan untuk membantu siasatan kes.
Lelaki itu direman sehingga Khamis ini dan Wan Kamarul Azran tidak menolak polis akan memohon lanjutan perintah reman terhadap suspek yang juga seorang sukarelawan sebuah badan bukan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 04 2020
Suspek yang dipercayai suami kepada seorang pensyarah dibawa ke lokasi untuk mencari bahan bukti di Tasik Taman Putra Perdana Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?