Kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang berdepan 23 pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas akan disebut semula esok.
Majistret Siti Radziah Kamarudin sebelum ini menetapkan tarikh itu pada prosiding 28 November lalu.
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius
BACA: Polis tahan remaja lelaki bantu siasatan tragedi kebakaran tahfiz
Kedua-dua remaja itu dituduh bersama-sama melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian ke atas 21 pelajar dan dua guru di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi hingga 6.45 pagi, 14 September lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
BACA: Kebakaran tahfiz: Disengajakan, silinder gas LPG punca api marak dengan cepat - Bomba
BACA: Kes bakar tahfiz: Dua tertuduh kes dadah dilepas dan dibebaskan
Prosiding sebelum ini dijalankan secara tertutup kerana kes itu melibatkan tertuduh di bawah umur.
Media termasuk anggota keluarga mangsa turut diperintahkan supaya tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding itu.
Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Othman Abdullah, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz dan Nordin Ismail manakala peguam Joanne Chua dan Noor Svetlana Mohd Noor Nordin masing-masing mewakili tertuduh remaja 16 tahun dan kanak-kanak 12 tahun.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Jan 02 2018
Kes dua remaja lelaki berusia 16 tahun yang berdepan 23 pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, September lepas akan disebut semula esok. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Tarikh keputusan terhadap rayuan remaja dalam kes kebakaran tahfiz ditunda ke 11 Sept
Tarikh bagi Mahkamah Rayuan menyampaikan keputusannya berhubung rayuan oleh seorang remaja yang didapati bersalah kerana membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran pada tahun 2017 ditunda.
Kes bunuh pusat tahfiz: Sebutan semula kes esok
Majistret Siti Radziah Kamarudin sebelum ini menetapkan tarikh tersebut pada prosiding 28 November lalu.