awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/07/2024
06:56 MYT
Kes bunuh Zulfarhan: 'Ibu bapa mana tidak kecewa, marah, sedih...' - Hakim
Ibu bapa Zulfarhan bersujud syukur sebaik keluar dari Mahkamah Rayuan hari ini.
PUTRAJAYA: "Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati".
Demikian kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail, ketika membacakan alasan penghakiman bertulis 93 muka surat lebih tiga jam berhubung kes pembunuhan penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.
Hadhariah yang mempengerusikan panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan pada Selasa bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, memutuskan enam bekas penuntut UPNM dihukum gantung kerana membunuh Zulfarhan, 21, pada tahun 2017 lalu
Mereka adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
"Hanya Allah S.W.T yang tahu betapa hancurnya dan luluhnya hati dan perasaan mereka (ibu bapa) apabila melihat keadaan anak mereka diperlakukan sebegini oleh keenam-enam tertuduh ini, seolah-olah tubuh si mati tidak sedikit pun mempunyai nilai di kaca mata mereka sehingga tergamak menyeksa dan berbuat kezaliman seperti ini.
"Mahkamah tidak akan bertoleransi di dalam kejadian sebegini. Ibu bapa mana yang sanggup menanggung derita melihat anak kesayangan mereka diseksa sebegini rupa sehingga membawa kepada kematian si mati di dalam keadaan yang sungguh mengerikan," katanya.
Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan sujud syukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan
Beliau turut menyifatkan kes pembunuhan Zulfarhan sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Katanya, kejadian kejam itu berpunca daripada perbuatan tertuduh pertama hingga keenam.
Hadhariah berkata, mahkamah bersetuju dengan pendakwaan bahawa cara jenayah bunuh itu dilakukan bukan sahaja mengejutkan hati nurani kehakiman tetapi juga hati nurani masyarakat.
Dalam penghakiman pada Selasa, mahkamah memutuskan rayuan pendakwaan terhadap hukuman 18 tahun penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi sebelum ini diketepikan dan digantikan dengan hukuman gantung sampai mati, manakala rayuan balas tertuduh terhadap hukuman ditolak.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November 2021 mendapati semua tertuduh bersalah dengan niat menyebabkan kecederaan kepada Zulfarhan tanpa niat membunuh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan, dan mengenakan hukuman 18 tahun penjara.
Sementara hukuman terhadap 12 lagi bekas penuntut universiti sama yang didapati bersalah mencederakan Zulfarhan, dinaikkan hukuman penjara daripada tiga ke empat tahun
Semua 12 tertuduh itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhamad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#Zulfarhan
#hukuman gantung sampai mati
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan