KUALA LUMPUR: Selepas memanggil 20 saksi pada perbicaraan kes 18 pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang mengambil masa selama dua tahun, pihak pembelaan menutup kesnya hari ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis setelah peguam M. Varunchelvam yang mewakili tertuduh keempat, Muhammad Afif Najmudin Azahat memaklumkan pihak pembelaan menutup kes berkenaan, hari ini.
Hakim Azman menzahirkan rasa syukur kerana kes ini akhirnya selesai selepas kesemua saksi pembelaan memberi keterangan.
“Alhamdulilah, kes dah selesai," katanya.
Pihak pendakwaan telah mengemukakan seramai 31 saksi termasuk Pakar Perubatan Forensik Hospital Serdang Dr Salmah Arshad serta dua saksi mata yang melihat perbuatan menekap seterika wap ke badan mangsa ketika kejadian iaitu pelajar UPNM, Ahmad Senabil Mohd dan Mohd Syafiq Abdullah pada perbicaraan yang bermula 29 Jan 2018.
Sementara itu, pihak pembelaan telah memanggil seramai 20 saksi termasuk Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh Dr Rohayu Shahar Adnan dan penuntut UPNM Muhammad Alif Farhan Aerosni pada perbicaraan yang bermula 2 Okt 2019.
Dalam prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi dan Mohd Josiendra Abu Senin manakala barisan peguam yang mewakili kesemua tertuduh ialah Amer Hamzah Arshad, Fadly Hashim, Varunchelvam dan Fatimah Azzahrah Rumaizi.
Terdahulu, Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Mohamad Azaini Ibrahim, 58, ketika membacakan penyataan saksinya berkata Zulfarhan Osman telah mengalami komplikasi akibat daripada luka lecur iaitu ketidakseimbangan elektrolik, ‘hypovolemic shock’ (kekurangan cecair di dalam badan) dan seterusnya kerosakan pada organ-organ penting seperti buah pinggang dan kemungkinan juga kepada jantung dan paru-paru.
“Pada pendapat saya, luka lecur pada badan mangsa telah mengakibatkan kehilangan cecair badan dan mangsa boleh mengalami dehidrasi pada kadar yang serius (hypovolemic shock).
“Ini berdasarkan pemeriksaan Dr Salmah terhadap bibir mangsa yang didapati kering dan juga cecair mata ‘vitreous humor’ jasad mangsa yang terlalu pekat sehingga tidak dapat dianalisis. Berikutan itu, kandungan elektrolit di dalam badan mangsa menjadi tidak seimbang,” kata saksi pendakwaan ke-31 itu yang dipanggil
memberi keterangan untuk menyangkal dakwaan Dr Rohayu yang merupakan saksi pembelaan ke-19.
Sementara itu, bapa Zulfarhan Osman, Zulkarnain Idros, 57, ketika ditemui media selepas prosiding kes itu berkata, beliau dan keluarga menerima apa sahaja keputusan hakim kelak.
"Saya terima apa sahaja keputusan hakim...di sini lah (mahkamah) untuk membuktikan dia (tertuduh) buat atau tidak. Moga ia berpihak kepada kami semua," katanya yang hadir pada prosiding itu bersama isterinya Hawa Osman, 58.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan Osman selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pendakwaan terhadap 18 tertuduh itu.
Lima tertuduh iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri berdepan pertuduhan membunuh Zulfarhan manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa bersubahat membunuh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala Abdoul Hakeem didakwa mengikut Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Mereka bersama 12 lagi iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif, Muhammad Adib Iman dan Mohamad Syazwan juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia telah mencuri komputer riba, mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi antara 2.30 pagi dan 5.30 pagi 21 Mei 2017.
- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 08 2021

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah kemudiannya menetapkan 10 Mei untuk pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis. - Gambar fail

JPJ sita kenderaan 'ulat' di KLIA2
Operasi seharian itu turut menahan tiga pemandu berusia lingkungan 40-an.

AWANI Ringkas: Isu ketirisan minyak masak subsidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penemuan empat anak Harimau Malaya beri harapan baharu
Menerusi imej dikongsikan World Wildlife Fund (WWF), tiga ekor anak harimau itu dilihat berjalan di hadapan bersama ibunya manakala seekor lagi berada di bahagian sebelah kanan.

COVID-19: Hong Kong pertimbang pendekkan kuarantin kepada pengembara
Butiran dan kaedah kemasukan akan diumumkan dalam masa terdekat selepas penilaian risiko dijalankan Kementerian Kesihatan.

Banjir Baling: Jasad 3 sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Polis terima laporan video 'prank' tarik tudung dua wanita
Lelaki tersebut menjelaskan video dimuat naik itu adalah eksperimen sosial dilakukannya untuk melihat sejauh mana reaksi netizen.

Sekurang-kurangnya enam terkorban dalam banjir di Pakistan
Hujan lebat yang bermula sejak Isnin itu turut menjejaskan sejumlah rumah penduduk lain di kawasan terpencil itu.

'Sedar-sedar mak dah tiada'
Mangsa maut dipercayai dijerut dengan kabel pengecas telefon dalam kejadian samun di Felda Mengkuang.

Banjir Baling: KDN gerakkan agensi bagi koordinasi bantuan
Seramai 46 anggota RELA juga dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di kawasan yang terlibat dan ditugaskan di pusat pemindahan sementara (PPS).

'Gejala buli perlu dianggap jenayah berat' - Bapa Zulfarhan
Gejala buli perlu dianggap sebagai jenayah berat yang boleh mengundang maut dan membawa kemudaratan kepada orang lain.

Pendakwaan akan fail rayuan terhadap keputusan kes Zulfarhan - Peguam Negara
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan kes Zulfarhan.

Kes kematian Zulfarhan: Jadikan sebagai pengajaran
Kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa berhubung insiden kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain diharap dapat memberi pengajaran.

UPNM, ATM diingatkan tidak ulangi jenayah yang berlaku ke atas Zulfarhan - Hishammuddin
UPNM dan ATM perlu ambil iktibar dan pengajaran terhadap hukuman penjara yang dikenakan terhadap enam penuntut universiti itu.

Tubuh inkuiri siasat punca tiada tindakan awal pihak universiti
Langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.

Kes kematian Zulfarhan: 90 tekapan seterika wap sebabkan kematian, tetapi bukan niat membunuh - Hakim
Mahkamah membuat penemuan fakta bahawa berdasarkan penelitian dalam kes pembelaan, tertuduh pertama hingga kelima yang menyebabkan 90 tekapan seterika wap ke atas Zulfarhan Osman.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 November 2021.

Kes kematian Zulfarhan: Pelaku umpama penjenayah yang tiada belas kasihan - Hakim
Hakim tidak dapat membayangkan kesakitan dialami mangsa yang ditekap seterika berulang kali termasuk bahagian sensitif.

"Saya maafkan tertuduh yang 'buat' anak saya" - Bapa Zulfarhan
Zulkarnain Idros hulur salam perdamaian buat mereka yang telah menyebabkan kematian anaknya, Zulfarhan Osman.

Kes kematian Zulfarhan: Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun
Enam penuntut UPNM yang menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain dipenjara 18 tahun.