awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes COVID-19 di depoh tahanan mungkin libatkan generasi kelima, keenam - Pakar

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2020
09:15 MYT
Kes COVID-19 di depoh tahanan mungkin libatkan generasi kelima, keenam - Pakar
Kluster depoh tahanan yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis berkemungkinan merupakan jangkitan generasi kelima atau keenam, bukan generasi baru. - Gambar Universiti Malaya
Kluster depoh tahanan yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Khamis berkemungkinan merupakan jangkitan generasi kelima atau keenam, dan bukan generasi baru.
Pakar Epidemiologi, Datuk Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, setakat ini gambaran sebenar berkaitan kluster tersebut masih belum dapat dijelaskan.
“Gambaran tidak begitu jelas berkaitan kluster depoh tahanan sama ada mereka merupakan tahanan baru atau tahan lama yang mendapat jangkitan tersebut.
“Sekiranya mereka adalah tahanan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan tidak disaring, ini bermaksud mungkin ada jangkitan berlaku dalam kalangan tahanan tersebut dan ini bukanlah generasi baru.
“Kalau generasi pertama, tempoh inkubasinya sudah lebih. Sekiranya jangkitan ini terbit daripada tahanan awal sebelum PKP dilaksanakan, ini bermaksud mungkin generasi kelima atau keenam yang dijangkiti COVID-19,” katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Pensampelan PATI di depoh tahanan sedang dilakukan - Ismail Sabri
Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan tahanan baru di depoh tahanan disaring, diasingkan selama 14 hari dan tidak dibenarkan bergaul dengan tahanan lama.
“Kita mesti menganggap bahawa setiap tahanan mempunyai potensi untuk menjangkiti tahanan lain dan perlu disaring. Selepas disaring, tahanan baru tidak boleh dibenarkan bergaul dengan tahanan lama.
“Kalau boleh diasingkan mengikut aras atau blok, ini perlu dilakukan supaya ia tidak menular kepada tahanan yang sedia ada dalam depoh tersebut.
“Sekiranya ada tahanan baru masuk, perlu pastikan mereka diasingkan selama 14 hari dan disaring terlebih dahulu sebelum dibenarkan bergaul dengan tahanan lama. Kalau tidak, potensi untuk wabak itu menular dengan banyak, cepat boleh wujud di depoh tersebut,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Awani
#Datuk Prof Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#Kluster depoh tahanan
#koronavirus
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan