KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantung pelaksanaan perintah bahawa beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Hakim Datuk Ahmad Bache, yang memutuskan bahawa semua pembayar cukai adalah sama di sisi undang-undang, berkata jika mahkamah membenarkan perintah penggantungan itu kepada defendan (Najib), plaintif (kerajaan melalui LHDN) akan dihalang daripada memfailkan sebarang tindakan untuk mendapat kembali amaun cukai tertunggak terhadap bekas perdana menteri itu.
"Ini akan menjadi duluan yang tidak baik untuk diikuti dan digunakan oleh pembayar cukai lain sebagai alasan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran cukai dan menimbulkan, meskipun salah, satu inferens bahawa 'sikap dwistandard' kini dibenar serta diamalkan.
"Seperti yang diputuskan oleh mahkamah ini dalam penghakiman terus bertarikh 22 Julai 2020, defendan yang juga bekas menteri kewangan hendaklah tahu dan seharusnya tahu semua peruntukan undang-undang ini kerana LHDN sebagai agensi pungutan hasil adalah di bawah naungannya pada masa yang material manakala jumlah yang terlibat pula adalah besar," katanya dalam penghakiman setebal 25 muka surat yang dikeluarkan kepada media hari ini.
Beliau berkata sehingga kini, Najib gagal membayar jumlah itu sebaliknya bertindak memfailkan permohonan untuk menggantung pelaksanaan perintah yang didakwa LHDN sebagai sudah terlambat manakala defendan sendiri tidak melakukan sebarang usaha membuat pembayaran dalam apa bentuk sekali pun.
Ahmad juga memutuskan bahawa Najib tidak mempunyai alasan kukuh untuk menangguhkan pelaksanaan perintah itu apabila beliau gagal membuktikan bahawa terdapat 'keadaan khusus' untuk memuaskan hati mahkamah.
Menyentuh hujah bahawa Najib berdepan risiko hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen susulan prosiding kebankrapan yang dimulakan oleh LHDN selepas beliau gagal melunaskan amaun terbabit, beliau berkata mahkamah bersetuju dengan LHDN bahawa ia tidak lebih daripada perasaan 'takut akan kehilangan sesuatu.'
Hakim itu juga memutuskan bahawa jika defendan berjaya dalam rayuannya (berhubung amaun yang dituntut oleh LHDN) di peringkat Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT), sebarang amaun tambahan yang dikutip boleh dikembalikan, oleh itu tidak ada isu bahawa rayuan di hadapan SCIT adalah sia-sia.
"Mahkamah ini juga berpendapat bahawa plaintif memiliki kemampuan kewangan untuk memberikan pampasan kepada defendan jika defendan berjaya dalam rayuannya di peringkat SCIT. Tidak ada kerugian yang tidak boleh ditaksirkan dan tidak dapat diperoleh semula daripada plaintif jika defendan berjaya dalam rayuan ini.
"Sebaliknya, defendan tidak menunjukkan sebarang bukti kukuh untuk membuktikan ketidakmampuan plaintif untuk membayar pampasan. Semua alasan ini memerlukan pertimbangan dan oleh itu, mahkamah memihak kepada plaintif dalam keputusan untuk tidak membenarkan penangguhan," katanya.
Ahmad juga berkata defendan masih boleh berunding dengan plaintif untuk membuat beberapa pembayaran sementara menunggu pelupusan pendengaran di peringkat SCIT.
Beliau berkata LHDN mempunyai skim yang menyaksikan pembayar cukai dibenarkan membayar secara ansuran yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam situasi 'menang-menang.'
"Bentuk penyelesaian ini masih boleh diatur serta dipersetujui oleh defendan dan plaintif sementara menunggu pelupusan rayuannya di peringkat SCIT," katanya.
Hakim itu berkata berdasarkan alasan yang telah disebutkan, permohonan defendan untuk menggantung perintah pelaksanaan penghakiman terus bertarikh 22 Julai 2020 ditolak dengan kos sebanyak RM15,000.
Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dan Wong Yeong Kang manakala Peguam Kanan Hasil Norhisham Ahmad mewakili LHDN.
Pada 22 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.
Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.
Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.
Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.
Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 14 2021
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah beliau perlu membayar cukai tertunggak RM1.69 bilion. - Gambar fail
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.
1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.
DAP hormati keputusan mahkamah libat isu tahanan rumah Najib
DAP akan menghormati keputusan mahkamah berhubung permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.
Tindakan Zahid boleh cetus krisis Perlembagaan - Hassan
Hassan berkata, tindakan Zahid selaku seorang TPM dalam kerajaan yang sedang memerintah membawa makna Presiden UMNO itu secara rasminya mencabar keputusan Lembaga Pengampunan dan kerajaan.
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Keputusan permohonan Najib mulakan semakan kehakiman cabar kewujudan Titah Adendum 5 Jun
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 5 Jun untuk memutuskan permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencabar kewujudan perintah tambahan beliau.
Titah Adendum: Peguam Negara bawa perkara dibangkitkan Tengku Zafrul ke mahkamah
Jabatan Peguam Negara akan membawa perkara berhubung kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz kepada perhatian pihak Mahkamah.