awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 84,000 kes harta pusaka kecil bernilai RM19 bilion berjaya diselesai tahun lepas
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes curi tong RORO, enam lelaki ditahan

Bernama
Bernama
20/08/2021
21:16 MYT
Kes curi tong RORO, enam lelaki ditahan
Sebuah lori turut dirampas dalam tangkapan membabitkan kes kecurian tong RORO. - Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Polis menahan enam lelaki berusia lingkungan 28 hingga 49 tahun yang disyaki terlibat dengan kes kecurian lima tong 'Roll On Roll Off' atau RORO membabitkan kerugian hampir RM40,000 di sini serta sekitar Lukut dan Chuah.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Port Dickson telah memberkas empat lelaki antara 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang tiga hari lepas.
"Kemudian tangkapan susulan dibuat pada Jumaat terhadap dua lelaki di Lukut dan Port Dickson. Antara barang rampasan seperti sebuah lori, kepingan tong RORO dan sebuah lagi tong yang dilaporkan hilang di Chuah pada Selasa lepas turut dijumpai semula.
"Difahamkan mereka menjual tong tersebut manakala tong yang dipotong akan dijual di kedai besi buruk," menurutnya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata empat daripada suspek memiliki rekod lampau bagi kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
Katanya kesemua suspek masih ditahan di lokap Balai Polis Port Dickson dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Aidi Sham berkata polis juga berjaya menyelesaikan lapan kes kecurian membabit tong RORO yang aktif di sekitar Port Dickson dan Seremban sejak empat bulan lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi
#tong
#RORO
#Besi Buruk
#Dadah
#Aidi Sham Mohamed
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan