awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini

Astro Awani
Astro Awani
31/05/2023
07:40 MYT
Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021. - Instagram @ismahalil_hamzah
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar keterangan saksi terakhir pada perbicaraan yang berlangsung pada Rabu.
Muhammad Jamil menutup kes berkenaan selepas memanggil lima saksi pembelaan memberi keterangan termasuk isterinya, Nor Haslinda Abd Manaf.
Pada perbicaraan itu, saksi pembelaan kelima Norfatiha Sukor, 35, memberitahu mahkamah, dia tidak berada di dalam bilik kejadian serbuan dibuat sebaliknya hanya melihat daripada garaj kereta ketika Ismahalil digari dan dibawa polis.
Saksi turut menjelaskan bilik tempat dadah dijumpai itu adalah ruang kegunaan bersama bagi tujuan solat dan mengecas komputer namun kesemua barang berkaitan tiada dalam bilik berkenaan.
Saksi yang merupakan setiausaha Kelab MyFriend Bapakku FM turut didakwa memberi keterangan berbentuk rekaan demi menyelamatkan tertuduh yang merupakan majikannya.
Terdahulu, kes mengedar dadah jenis kanabis yang dihadapi penyampai radio, Ismahalil, 49, disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis dengan anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju di sini, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Topic Berkaitan
#tali gantung
#Ismahalil Hamzah
#dadah jenis kanabis
#Nor Haslinda Abd Manaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan