awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam campak di Selangor meningkat kerana tolak imunisasi - Pengarah Kesihatan

Bernama
Bernama
03/07/2016
09:35 MYT
Kes demam campak di Selangor meningkat kerana tolak imunisasi - Pengarah Kesihatan
Sebanyak 403 kes demam campak dilaporkan di negeri itu pada suku pertama tahun ini berbanding hanya 23 kes pada 2014 dan 498 kes tahun lalu. - Gambar fal
Kes demam campak di Selangor bagi suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan susulan tindakan ibu bapa menolak suntikan vaksin dan imunisasi untuk anak mereka, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Zailan Adnan.
Beliau berkata sebanyak 403 kes demam campak dilaporkan di negeri itu pada suku pertama tahun ini berbanding hanya 23 kes pada 2014 dan 498 kes tahun lalu.
"Keengganan golongan berkenaan (ibu bapa mendapatkan suntikan vaksin dan imunisasi bagi anak mereka) dilihat menyumbang kepada peningkatan kes measles (demam campak) di negeri ini," katanya dalam sidang media selepas menyertai forum terbuka bertajuk "Adakah Suntikan Vaksin Selamat?" di Cyberjaya University College of Medical Sciences, di sini hari ini.
Beliau berkata lebih 500 kes penolakan suntikan vaksin dan imunisasi dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini.
Jumlah itu agak membimbangkan apabila menunjukkan trend peningkatan mendadak berbanding hanya 637 kes penolakan suntikan dilaporkan pada 2013, 918 kes pada 2014 dan 1,541 kes sepanjang tahun lalu, katanya.
"Di Selangor sendiri dalam suku pertama tahun ini sahaja sebanyak 29 keluarga menolak untuk anak mereka diberikan suntikan vaksin dengan pelbagai alasan seperti merasakan suntikan berkenaan mempunyai kesan sampingan," katanya.
Sementara itu, Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Tan Ann Ling berkata kepercayaan sesetengah pihak bahawa suntikan vaksin dan imunisasi membawa kesan sampingan teruk adalah tidak tepat kerana statistik menunjukkan sebaliknya.
Beliau berkata sebagai contoh daripada 10,000 proses pemberian suntikan itu, sebanyak 98 peratus daripada penerima tidak mengalami sebarang kesan sampingan atau dikenali sebagai Adverse Events Following Immunization (AEFI) malah hanya mengalami alahan ringan seperti demam, pening kepala atau ruam di kawasan suntikan.
Topic Berkaitan
#Dr Zailan Adnan
#Kes demam campak di Selangor bagi suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan susulan tindakan ibu bapa menolak suntikan vaksin dan imunisasi untuk anak mereka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan