PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata satu kematian dilaporkan pada minggu tersebut.
Beliau berkata kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 26,222 kes berbanding 8,124 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu meningkat 18,098 kes atau 222.8 peratus, manakala sebanyak 17 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh sama.
"Sebanyak 81 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 91 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 52 lokaliti hotspot di Selangor, 15 di Pulau Pinang, enam di Sabah, empat di Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Perak dan satu di Kedah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya pula merekodkan sebanyak satu kes pada ME12 dengan jumlah kumulatif sehingga kini adalah sebanyak 107 kes.
Bagi survelan zika, beliau berkata sebanyak 600 sampel darah dan empat sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Dr Noor Hisham berkata susulan peningkatan kes denggi di Malaysia, Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi telah diaktifkan semula dan satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa.
Menurutnya, jawatankuasa itu melibatkan 12 kementerian termasuk semua pejabat menteri besar dan ketua menteri serta Jabatan Wilayah Persekutuan dalam penentuan dasar dan strategi pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia.
Beliau turut meminta pemimpin setempat, Jawatankuasa Penduduk, Badan Pengurusan Bersama (JMB), ahli Rukun Tetangga atau pihak berwajib menggerakkan komuniti untuk melakukan aktiviti cari dan musnah pembiakan nyamuk Aedes secara berjadual.
Beliau juga menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta untuk menyokong inisiatif kawalan dan pencegahan secara berjadual.
"Setiap lapisan masyarakat perlu mengambil tanggungjawab dan bertindak secara proaktif dalam usaha membantu mengurangkan kejadian kes demam denggi yang sedang meningkat ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumna. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.