IPOH: Kes demam denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan dengan 65 kes dilaporkan sehingga 21 Januari lalu (Minggu Epid: 3).
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, peningkatan itu adalah sebanyak 51 kes (364.3 peratus) berbanding dengan 14 kes pada tempoh sama tahun lalu.
"Berikut adalah lokaliti yang dilaporkan kejadian kes demam denggi semasa sehingga 29 Januari 2023.
"(Empat) lokaliti wabak terkawal di Taman Meru Jaya dengan dua kes dijangka tamat pada 30 Januari, Taman Wolly dengan dua kes dijangka tamat pada 4 Februari.
"Taman Asia dengan dua kes dijangka tamat pada 9 Februari, Cherry Apartment dengan dua kes dijangka tamat pada 10 Februari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Januari 2023 di Dewan Mesyuarat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), di sini, hari ini.
Rumaizi berkata, pakar kesihatan awam meramalkan peningkatan kejadian kes denggi pada tahun ini berdasarkan perubahan cuaca.
Katanya lagi, negara dijangka akan mengalami EL Nino (El- Nino- Southern Osillation (ENSO) neutral untuk 2023.
"Justeru itu, kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata tahun lalu, sebanyak 2,854 notis penghapusan kacau ganggu semak samun lot tanah / rumah terbiar telah dikeluarkan.
"Sebanyak 2,148 telah dipatuhi, 75 peratus kadar pematuhan. Kadar pematuhan ini telah berkurangan sebanyak 5 peratus berbanding dengan sasaran 80 peratus setiap tahun.
"Iai ditetapkan melalui Program Pematuhan Pembersihan Lot Semak Samun Sendiri (3P3S KENDIRI)," katanya.
Tambahnya lagi, sebanyak 14 tawaran kompaun bernilai RM11,250 juga telah dikeluarkan kepada pemilik yang dikesan dan gagal patuhi.
Katanya, tindakan pengeluaran tawaran kompaun kepada pemilik yang gagal mematuhi notis telah dinaikkan dari kadar maksimum daripada RM500 kepada RM2,000 berkuat kuasa 8 Februari 2022.
Rumaizi berkata kesalahan berkenaan di bawah Seksyen 82 (5) Akta 171, iaitu gagal patuhi notis penghapusan kacau ganggu.
Aida Aziz
Tue Jan 31 2023

Peningkatan itu adalah sebanyak 51 kes (364.3 peratus) berbanding dengan 14 kes pada tempoh sama tahun lalu. -Gambar hiasan/Wikipedia

Kerajaan sedang muktamadkan Inisiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 - Kementerian Kewangan
Menurut Kementerian Kewangan inisiatif itu juga tidak bercanggah dengan Seksyen 51, Akta KWSP 1991 kerana baki simpanan dalam Akaun 2 hanya digunakan sebagai sandaran.

Kedudukan bank-bank Malaysia mantap dalam menangani potensi kemerosotan kualiti aset
Pertumbuhan pinjaman dijangka akan terus diterajui oleh sektor perbankan Islam, yang menyumbang lebih 80 peratus daripada pertumbuhan industri itu pada 2022.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Arab Saudi, Kuwait umumkan hari pertama Ramadan pada Khamis (23 Mac)
Arab Saudi dan Kuwait mengumumkan hari pertama Ramadan jatuh pada Khamis (23 Mac 2023).

Kylian Mbappe dilantik kapten pasukan Perancis
Penyerang sensasi, Kylian Mbappe dilantik sebagai kapten Perancis baharu menggantikan Hugo Lloris yang bersara daripada arena bola sepak antarabangsa.

Sushi mampu milik pilihan pelanggan di Kaherah
Seorang peniaga Mohamed Samir menjual sekeping sushi pada harga mampu miliki di sekitar kawasan Kaherah, Mesir.

Gembira dalam kesedihan menjelang Ramadan
Persiapan menjelang ramadan bagi penduduk Batu Pahat terbantut apabila kelengkapan musnah dihanyutkan banjir.

China ulangi pendirian tidak tawar bantuan kepada Rusia
China sekali lagi mengulangi pendirian tidak pernah terlibat menawarkan senjata kepada sekutunya berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.

Persiapan Ramadan di Afghanistan sederhana
Persiapan Ramadan di Afghanistan suram memandangkan negara itu berdepan dengan krisis ekonomi yang berlarutan sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara.

Prayuth bakal berdepan situasi ketidaktentuan
Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan O-Cha dijangka berdepan situasi ketidaktentuan sekiranya dilantik semula bagi jawatan itu jika menang dalam Pilihan Raya Umum negara itu pada Mei depan.

Kes demam denggi menurun 0.05 peratus, tiada kematian
Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-11 tahun ini.

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan
Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini.

Denggi: Perak rekod peningkatan kumulatif kes 376 peratus
Penurunan kes sebanyak 27.6 peratus itu menunjukkan situasi demam denggi di Perak masih terkawal selain ia tidak merekodkan sebarang kes kematian.

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Sebanyak 20 kawasan panas wabak denggi dikesan di Sabah - Jabatan Kesihatan
Sebanyak 20 kawasan di Sabah dikenal pasti sebagai lokasi panas wabak denggi dengan daerah Sandakan tertinggi membabitkan 11 kawasan.

Kumulatif kes demam denggi meningkat 205.6 peratus
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal tahun sehingga kini meningkat kepada 13,094 kes.

Kes demam denggi di Selangor dijangka meningkat 150 peratus
Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius.

Kes denggi di Kedah catat peningkatan, tiada kematian
Sebanyak 365 kes denggi dilaporkan di negeri Jelapang Padi sehingga Sabtu lalu.

Kontraktor pembersihan, sekolah disaran kawal pembiakan nyamuk - KP Kesihatan
Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.