awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi di Melaka meningkat lebih 100 peratus

Bernama
Bernama
07/05/2023
00:20 MYT
Kes demam denggi di Melaka meningkat lebih 100 peratus
Sehingga minggu epid ke-17, tiada kematian direkodkan dan sebanyak 14 lokaliti wabak keseluruhan dilaporkan di negeri itu dalam tempoh tersebut. - Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Kes demam denggi di Melaka meningkat sebanyak 103.8 peratus kepada 322 kes dalam tempoh 1 Jan hingga 29 April atau sehingga minggu epid ke-17 berbanding 158 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata daripada jumlah itu, Melaka Tengah mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 241 kes diikuti Jasin (52 kes) dan Alor Gajah (29 kes).
Beliau berkata sebanyak 89 kes dilaporkan berlaku pada Januari, Februari (61 kes), Mac (85 kes) dan April (87 kes).
"Pada minggu ke-17 iaitu dalam tempoh 23 hingga 29 April lepas, sebanyak 19 kes demam denggi direkodkan di Melaka, meningkat tiga kes berbanding 16 kes pada minggu epid ke-16.
"Daripada jumlah itu, sebanyak 14 kes direkodkan di Melaka Tengah, Jasin (tiga kes) dan Alor Gajah (dua kes)," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.
Mengulas lanjut, Ngwe berkata sehingga minggu epid ke-17, tiada kematian direkodkan dan sebanyak 14 lokaliti wabak keseluruhan dilaporkan di negeri itu dalam tempoh tersebut.
"Daripada jumlah itu, empat lokaliti wabak aktif semasa direkodkan iaitu dua di Melaka Tengah dan masing-masing satu lokaliti di Jasin dan Alor Gajah," katanya.
Beliau berkata lokaliti berkenaan ialah Taman Perkota dan Jalan Sekolah, Kampung Padang Temu di Melaka Tengah serta Taman Merlimau Baru (Jasin) dan Batu 21 1/2 Kampung Solok Dekat (Alor Gajah).
Dalam pada itu, katanya Jabatan Kesihatan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di tiga daerah berkenaan untuk melaksanakan program gotong-royong bagi mengekang pembiakan nyamuk Aedes khususnya di kawasan perumahan dan industri.
Beliau berkata program berbentuk advokasi bagi meningkatkan kesedaran dan pendedahan berkaitan isu demam denggi dalam kalangan masyarakat setempat juga akan dipertingkatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#demam denggi
#Ngwe Hee Sem
#Melaka Tengah
#ADUN Machap
#program gotong-royong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan