SHAH ALAM: Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius, susulan peningkatan tinggi kes ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud berkata setakat 11 Feb lalu iaitu Minggu Epidemologi (ME) keenam, sebanyak 6,870 kes dicatatkan dengan kenaikan sebanyak 141.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Dengan jumlah kes denggi hampir 40,000 pada tahun lalu, bayangkan (peningkatan kes pada tahun 2024) jika ia tidak dikawal," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan kitaran demam denggi yang berlaku di Malaysia dalam tempoh 20 tahun, negara ini dijangka akan mengalami peningkatan kes demam denggi yang tinggi bagi setiap empat ke lima tahun.
"Dijangka peningkatan kes yang tinggi akan berlaku pada 2023 atau 2024 selepas kejadian wabak denggi tertinggi pada 2019," katanya.
Pada masa yang sama katanya sebanyak 510 lokaliti wabak denggi dikesan di negeri itu pada ME keenam dengan peningkatan sebanyak 8.5 peratus berbanding 470 lokaliti pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata dalam tempoh tersebut, daerah Petaling mencatatkan jumlah lokaliti tertinggi iaitu sebanyak 203 lokaliti dengan peningkatan sebanyak 39.8 peratus, diikuti dengan Hulu Langat (120), Klang (82) dan Gombak (69).
Susulan itu, Dr Siti Mariah berkata kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) serta agensi berkaitan melaksanakan Operasi Bersepadu Denggi Selangor (OBDS) bermula semalam hingga 22 Mac yang berfokus pada empat daerah berkenaan yang mempunyai kumulatif kes denggi tertinggi.
Katanya hampir RM1 juta diperuntukkan bagi operasi itu yang turut melibatkan pemantauan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi meningkatkan tahap kesedaran dan advokasi masyarakat setempat berhubung pencegahan demam denggi.
Menurutnya, jika sebarang tempat pembiakan nyamuk Aedes dijumpai di sekitar premis atau rumah ketika operasi dijalankan, dikompaun sebanyak RM500 boleh dikenakan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan melaksanakan amalan 10 minit dalam seminggu bagi mencari dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan di sekitar rumah dengan memastikan tiada tempat yang boleh menakung air secara terbuka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Selangor dijangka berdepan peningkatan kes demam denggi sebanyak 150 peratus pada tahun depan jika masyarakat tidak menangani pembiakan nyamuk Aedes dengan serius, susulan peningkatan tinggi kes ketika ini. - Gambar hiasan

Dakwa Pulau Pinang milik Kedah: Sanusi nafi desak pinda Perlembagaan Persekutuan
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan dakwaan bahawa beliau mendesak agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi mengembalikan Pulau Pinang kepada Kedah.

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Isu kalimah Allah lebih sesuai diperkemas, diperjelas kepada MKI - PM
Perdana Menteri sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada.

Selangor hargai pelabur cemerlang pada Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor
Anugerah Apresiasi Pelabur Selangor membuktikan sumbangan cemerlang para pelabur dan memaparkan kekuatan kerjasama dan perkongsian dengan Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Sultan Selangor mahu polemik agama diselesaikan segera dengan bijak dan tertib
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak mengambil pendekatan yang bijak, tertib dan dengan semangat toleransi yang tinggi dalam berhadapan isu agama.

Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.

PRN: Noh mungkin sertai PN - Azmin
Mohamed Azmin berkata, pada masa ini Noh sering berada di pentas PN untuk memberi sokongan dan menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN
Datuk Seri Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, berkata agihan tujuh lagi kerusi masih dalam rundingan.

Selangor senarai hitam 12 pembekal haiwan korban
Kerajaan negeri menyenarai hitam 12 pembekal lembu dan kambing bagi Program Sumbangan Korban Negeri Selangor pada tahun lepas.

Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.

Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.

JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih
JDT mengekalkan rekod bersih untuk menamatkan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan melakarkan kemenangan ke-13 dengan menundukkan Penang FC, 2-0, di Stadium Bandaraya, George Town.