awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong beramah mesra bersama pelancong di pintu masuk Istana Negara
OpenAI tamatkan GPT‑4o pada 13 Februari, majoriti pengguna beralih ke GPT‑5.2
Presiden Pas nafikan mahu ketepikan Muhyiddin dalam PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zara didakwa diumpan masuk dorm sebelum dimaki senior – Saksi

Fadhil Selihin
Fadhil Selihin
27/10/2025
10:44 MYT
Zara didakwa diumpan masuk dorm sebelum dimaki senior – Saksi
Saksi juga mendedahkan bahawa Zara pernah mengadu diganggu oleh seorang pelajar senior lelaki, dan pernah memohon pertolongannya ketika terserempak dengan individu berkenaan di kawasan asrama. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Prosiding inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir hari ini bersambung dengan keterangan dua saksi kanak-kanak di Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu, Sabah.
Peguam keluarga arwah, Nizam Salleh, berkata saksi kanak-kanak ke-21 memberitahu mahkamah bahawa Zara didakwa diumpan masuk ke sebuah dorm oleh pelajar senior sebelum dimarahi dan dimaki pada malam kejadian (15 Julai, 2025).
Menurut saksi, insiden itu dipercayai berkaitan dengan tuduhan kononnya Zara terbabit dalam kes kecurian barang pelajar lain sehingga beg dan lokarnya diselongkar.
"Saksi turut mendakwa mendengar antara kata-kata yang digunakan oleh pelajar senior ketika menjerit dan memaki Zara dan berkata ... 'mencurikan, best-kah mencuri?'
"Saksi juga menerangkan bahawa beberapa bulan sebelum kejadian, Zara pernah dipanggil oleh pelajar senior ke sebuah bilik dorm lain dan kedengaran suara orang menjerit dari dalam bilik berkenaan," katanya.
Selain itu, saksi turut mengaku pernah mengambil buku milik Zara dari dalam beg tanpa izin kerana diarahkan oleh seorang pelajar lain yang tinggal di dorm arwah, namun tidak mengingati siapa yang menyuruhnya berbuat demikian.
Saksi juga mendedahkan bahawa Zara pernah mengadu diganggu oleh seorang pelajar senior lelaki, dan pernah memohon pertolongannya ketika terserempak dengan individu berkenaan di kawasan asrama.
Keterangan saksi ke-21 memberikan gambaran jelas mengenai tekanan dan suasana yang mungkin dihadapi arwah Zara sebelum ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang bangunan asrama sekolahnya.
Prosiding hari ini turut mendengar keterangan saksi kanak-kanak ke-22 (seorang pelajar junior) dan memberi maklumat tambahan berhubung keadaan arwah serta interaksi antara pelajar junior dan senior di sekolah berkenaan.
Inkues akan bersambung esok dengan saksi ke-22 dijangka disoal balas selain seorang lagi saksi kanak-kanak turut dipanggil untuk memberi keterangan.
Topic Berkaitan
#inkues kematian pelajar Zara Qairina Mahathir
#peguam keluarga Zara Nizam Salleh
#Mahkamah Khas Koroner Kota Kinabalu
#lokar arwah Zara Qairina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan