KUALA LUMPUR: Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Dis meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 19 kematian bagi tempoh sama pada 2021.
"Sebanyak 58 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 55 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 32 lokaliti hotspot berada di Selangor, 16 lokaliti di Sabah, enam lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan empat lokaliti di Pulau Pinang," katanya.
Beliau berkata survelan chikungunya pula merekodkan 16 kes pada ME ke-51 dengan 10 kes di Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan dua kes dan masing-masing satu kes di Selangor dan Pahang, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya hingga kini adalah 801 kes.
"Bagi survelan zika, sebanyak 2,181 sampel darah dan 18 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif," katanya.
Dr Noor Hisham turut menyarankan masyarakat agar melakukan aktiviti gotong-royong bagi memutuskan kitaran hidup nyamuk Aedes dan seterusnya menurunkan insiden jangkitan demam denggi.
Beliau berkata bagi kawasan dilanda banjir, sampah, barang lusuh dan barangan dihanyutkan hendaklah dilupuskan secara berhemah selain perlu memastikan tiada air bertakung di persekitaran premis.
"Ini kerana bahan buangan tersebut dapat menyumbang kepada tempat pembiakan nyamuk Aedes kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan takungan air yang sedikit untuk bertelur.
"Nyamuk Aedes juga dapat terbang sejauh 200 meter dari tempat pembiakan bagi mendapatkan sumber makanan serta menjangkitkan virus denggi kepada individu sekiranya nyamuk tersebut membawa virus denggi. Persekitaran yang bersih dapat memutuskan rantaian hidup nyamuk Aedes," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2022

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu tersebut berbanding lima pada minggu sebelumnya. - Foto fail/Astro AWANI

Bufet Ramadan naik harga tapi masih berpatutan
Meskipun berlaku peningkatan 10 peratus harga hidangan bufet berbuka puasa di kebanyakan hotel di Negeri Sembilan, namun ia masih berpatutan.

Isu sensitif: Menteri jangan salahkan media - Johan Jaafar
Dakwaan yang dilontarkan menteri berkenaan tidak tepat kerana isu tersebut berpunca daripada ahli politik tidak bertanggungjawab.

Jutaan jemaah penuhi Masjidil Haram tunai tarawih pertama
Jutaan umat Islam memenuhi seluruh ruangan Masjidil Haram, Makkah untuk menunaikan solat tarawih di hadapan Kaabah, bermula malam tadi.

KPDN tumpas kegiatan seleweng 5,000 liter diesel di Semenyih
Dalam serbuan pada kira-kira 9.30 malam menerusi Ops Tiris itu, beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel turut dirampas.

AWANI Ringkas: KKM arah orang ramai henti ambil ubat batuk, selesema ada Pholcodine
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal kargo Malaysia hilang sejak Januari
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.

Lima lelaki direman bantu siasatan tuntutan palsu lebih RM2.5 juta
Tuntutan berkenaan membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan, penambahbaikan dan membaik pulih fasiliti Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor, pada 2020.

Pelan tindakan warga emas disemak semula - Nancy
Kementerian akan mendapatkan pandangan dan input daripada agensi peneraju dan pelaksana bagi penghasilan PTWEN 2023-2030.

Ibu hamil lima bulan maut tercampak tengah jalan
Seorang ibu yang hamil lima bulan maut dipercayai tercampak ke tengah jalan selepas motosikal yang ditungganginya terlanggar dua buah kereta di Bukit Bakar di sini pada Rabu.

Fitnah Guan Eng: Kementerian Kewangan buat laporan polis
MoF akan membuat laporan polis berhubung tuduhan terhadap bekas menteri dan pegawainya membatalkan kelulusan pengecualian cukai yang telah diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Risiko keselamatan: KKM batal pendaftaran ubat batuk mengandungi pholcodine
Orang ramai diarahkan untuk menghentikan pengambilan ubat batuk dan selesema mengandungi bahan aktif pholcodine.

Operasi Ramadan untuk keselamatan makanan di teruskan - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan akan meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara, di semua premis makanan termasuk bazar Ramadan pada bulan Ramadan kali ini.

Amalkan langkah kesihatan awam sepanjang Ramadan - KP Kesihatan
Orang ramai digalakkan terus mengamalkan langkah-langkah kesihatan awam bagi melindungi diri, keluarga dan masyarakat sepanjang menjalani ibadah puasa tidak lama lagi.

Pesakit COVID-19 di fasiliti kesihatan meningkat minggu lepas
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 3.4 peratus.

Kumulatif kes demam denggi meningkat 205.6 peratus
Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sejak awal tahun sehingga kini meningkat kepada 13,094 kes.

Kontraktor pembersihan, sekolah disaran kawal pembiakan nyamuk - KP Kesihatan
Pihak sekolah serta kontraktor pembersihan disaran mengambil tindakan mengawal pembiakan nyamuk di sekolah yang berisiko menyebabkan demam denggi.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan meningkat 6.3 peratus - Dr Noor Hisham
Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 6.3 peratus pada Minggu Epidemiologi keempat 2023.

Kes demam denggi turun 8 peratus pada minggu epidemiologi 3
Satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME3/23.

Tiada laporan kes strok dalam kajian vaksin Corminaty Bivalent - Dr Noor Hisham
Setakat ini tiada signal keselamatan strok iskemik dikesan melalui lain-lain sistem pemonitoran keselamatan di Amerika Syarikat.

Kes demam denggi meningkat ke 2,520 kes
Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 13.6 peratus dengan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan