awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga 11 pagi ini
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guardiola puji disiplin pemain Man City

Agensi
Agensi
26/12/2025
23:50 MYT
Guardiola puji disiplin pemain Man City
Pep Guardiola akan melengkapkan 10 tahun bersama Manchester City pada musim panas akan datang. - Gambar fail Reuters
MANCHESTER: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yakin pemainnya kekal “sangat berdisiplin” sepanjang cuti Krismas bagi mengekalkan standard yang ditetapkan kelab.
Guardiola sebelum ini memaklumkan, berat badan pemain akan ditimbang sebaik kembali menjalani latihan bagi memastikan mereka cergas untuk aksi menentang Nottingham Forest pada Sabtu.
“Saya sendiri naik empat atau lima kilogram kerana makanan dan minuman ketika cuti, jadi ia sesuatu yang normal,” kata Guardiola berseloroh pada Jumaat.
Bagaimanapun, menurut beliau, pemain-pemain City sudah menunjukkan disiplin tinggi sejak sedekad lalu, walaupun musim lalu sedikit sukar kerana kecederaan.
“Kami ada standard sebagai kelab – semua pemain tahu apa yang perlu dilakukan,” tambahnya.
Guardiola berkata, pemain memenuhi piawaian ketika pemeriksaan berat badan sebelum kemenangan 3-0 ke atas West Ham pada 20 Disember.
Penyerang Erling Haaland turut berkongsi gambar di media sosial menunjukkan beratnya 94.4 kilogram dengan kapsyen “All good!”
City berupaya naik ke tangga teratas Liga Perdana jika menang di Forest, sementara pendahulu Arsenal menentang Brighton kemudian pada Sabtu.
“Saya lebih suka berada 10 mata di depan, tetapi keadaan sekarang baik.
"Kami masih di penghujung Disember, berada di kedudukan teratas Liga Perdana, mara ke separuh akhir Piala Carabao dan akan memulakan kempen Piala FA tidak lama lagi,” kata beliau lagi.
Guardiola turut mengakui “segala kemungkinan boleh berlaku” dalam jendela perpindahan Januari, dengan kelab sedang berbincang untuk mendapatkan penyerang Bournemouth, Antoine Semenyo.
City kini tanpa pertahanan John Stones dan pemain sayap Jeremy Doku kerana kecederaan, manakala pemain tengah, Rodri dilaporkan semakin pulih daripada masalah hamstring dan akan dinilai sebelum perlawanan Sabtu. - Agensi
Topic Berkaitan
#Manchester City
#Pep Guardiola
#disiplin pemain
#Erling Haaland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan