KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,474 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 iaitu dari 2 hingga 8 Okt ini berbanding 1,460 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan itu menjadikan kumulatif kes demam denggi dilaporkan sehingga kini sebanyak 45,018 kes berbanding 20,376 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan 24,642 kes (120.9 peratus).
Beliau berkata kumulatif kematian turut meningkat 100 peratus dengan 28 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 14 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
"Sebanyak 53 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 55 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya dengan 31 lokaliti hotspot berada di Selangor, 14 lokaliti di Sabah dan lapan lokaliti di Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya pula merekodkan tiga kes pada ME ke-40 dengan dua kes di Selangor dan satu kes di Kedah, menjadikan kes kumulatif sehingga kini adalah sebanyak 652.
Sementara itu, survelan zika merekodkan sebanyak 1,544 sampel darah dan 16 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Dalam pada itu, beliau berkata setiap individu perlu memastikan tiada bekas yang berpotensi menakung air di persekitaran rumah serta melupuskan barang lusuh atau tidak digunakan di tempat pelupusan secara berhemah bagi mengelak pembiakan nyamyuk Aedes.
Justeru, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk melakukan aktiviti 'Cari dan Musnah' bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas air banjir surut sekiranya terjejas dengan bencana banjir.
Ini kerana sampah sarap yang dibawa air banjir dikhuatiri boleh menakung air dan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, katanya.
"Selain itu juga, elakkan diri daripada gigitan nyamuk Aedes dengan penggunaan bahan repelan, semburan aerosol di tempat tersembunyi serta memakai pakaian yang menutup anggota badan. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai untuk melakukan aktiviti 'Cari dan Musnah' bekas-bekas pembiakan nyamuk Aedes sejurus selepas air banjir surut sekiranya terjejas dengan bencana banjir. - Gambar fail

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.
![[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023 [INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015571/25449825631679728281221_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Kos Haji, bayaran & bantuan kewangan Haji bagi tahun 2023. Sila klik untuk video penuh.

Kes demam denggi meningkat pada Minggu Epidemiologi ke-40
Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,474 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-40 iaitu dari 2 hingga 8 Okt ini berbanding 1,460 kes pada minggu sebelumnya.