PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-11 tahun ini iaitu 12 Mac hingga 18 Mac menurun 0.05 peratus kepada 2,151 kes berbanding 2,152 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-11 tahun ini.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 23,753 kes berbanding 7,364 kes bagi tempoh sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 222.6 peratus.
Sebanyak 16 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan sehingga kini berbanding tiga kematian bagi tempoh yang sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 13 kematian, katanya.
Lokaliti hotspot dilaporkan adalah kekal seperti minggu sebelumnya iaitu 91 lokaliti, dengan 54 lokaliti hotspot berada di Selangor, 16 di Pulau Pinang, 11 di Sabah, masing-masing lima di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, tiga di Perak serta masing-masing satu di Kedah dan Negeri Sembilan.
Dr Noor Hisham berkata survelan Chikungunya merekodkan sebanyak tujuh kes pada ME ke-11 dengan lima kes di Johor dan dua kes di Selangor, manakala jumlah kumulatif kes Chikungunya sehingga kini adalah 106 kes
Bagi survelan Zika, beliau berkata sebanyak 539 sampel darah serta empat sampel urin telah dijalankan saringan Zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Sempena Ramadan Khamis ini, beliau turut mengingatkan pengunjung Bazar Ramadan agar menggunakan bahan penghindar nyamuk sekiranya mengunjungi premis terbabit pada lewat petang.
"Peniaga di Bazar Ramadan dan pengunjung perlu menjaga kebersihan persekitaran serta melupuskan bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk seperti tempurung, kulit kelapa, bekas makanan dan minuman di tempat pelupusan yang disediakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Sempena Ramadan Khamis ini, pengunjung Bazar Ramadan diingatkan agar menggunakan bahan penghindar nyamuk sekiranya mengunjungi premis terbabit pada lewat petang. - Gambar hiasan

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

2,444 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 20
Sebanyak 2,444 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 20 iaitu dari 14 Mei hingga 20 Mei, meningkat 202 kes atau sembilan peratus berbanding 2,242 kes pada minggu sebelumnya.

Aiman Tino alami demam denggi, kini dirawat di hospital
Penyanyi Aiman Tino kini dikhabarkan sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan akibat mengalami demam denggi.

Kes demam denggi di Melaka meningkat lebih 100 peratus
Melaka Tengah mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu sebanyak 241 kes diikuti Jasin (52 kes) dan Alor Gajah (29 kes).

Masyarakat masih kurang kesedaran bahaya Aedes, Johor keluar kompaun RM1.017 juta
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengeluarkan 2,132 kompaun bernilai RM1.017 juta menerusi operasi penguatkuasaan pembiakan nyamuk Aedes yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 323 peratus
Kes denggi menunjukkan peningkatan berdasarkan perubahan cuaca.

Kes denggi di Pahang meningkat
Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 25 Mac lalu.

Kes demam denggi menurun 0.05 peratus, tiada kematian
Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME ke-11 tahun ini.

Perak mohon KKM pertimbang lanjutkan operasi klinik kesihatan
Kerajaan Perak akan memohon Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memanjangkan tempoh operasi klinik kesihatan di beberapa kawasan dan daerah di negeri ini.

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.