awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes demam denggi menurun 5.4 peratus pada ME-14

Bernama
Bernama
12/04/2023
09:45 MYT
Kes demam denggi menurun 5.4 peratus pada ME-14
Sebanyak 20 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh yang sama pada 2022. -Gambar fail/Pixabay
PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada minggu epidemiologi (ME) ke-14 tahun ini iaitu 2 hingga 8 April lepas menurun 5.4 peratus kepada 2,239 kes berbanding 2,365 kes pada minggu sebelumnya, dengan dua kematian dicatatkan akibat komplikasi demam denggi.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 30,926 kes berbanding 9,957 kes bagi tempoh sama pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak 210.6 peratus.
Sebanyak 20 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding empat kematian bagi tempoh yang sama pada 2022, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebanyak 93 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ME ke-14 dengan 51 lokaliti di Selangor, 22 lokaliti di Pulau Pinang, Sabah (lapan), enam lokaliti di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing dua lokaliti di Kedah serta Perak dan masing-masing satu lokaliti di Negeri Sembilan serta WP Labuan, katanya.
Dr Noor Hisham berkata survelan chikungunya merekodkan sebanyak lima kes pada ME ke-14 dengan tiga kes dari Negeri Sembilan dan dua kes dari Selangor, dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah 114 kes.
Bagi survelan zika, beliau berkata sebanyak 723 sampel darah dan empat sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#denggi
#jumlah kumulatif
#kes chikungunya
#sampel urin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan