ALOR SETAR: Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata keadaan tersebut masih terkawal dengan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Sehingga 18 Mac lalu, sebanyak 82 wabak direkodkan berbanding 18 bagi tempoh sama tahun lalu. Daripada 82 wabak denggi yang dilaporkan, 57 wabak sudah tamat, 24 masih aktif dan satu wabak 'hotspot'.
"Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 18 Mac juga, sebanyak 74,257 premis telah diperiksa dan 1,812 kompaun dengan nilai RM885,917 telah dikeluarkan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 kepada pemilik premis yang dikesan terdapat pembiakan nyamuk Aedes," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Dr Mohd Hayati berkata dengan peningkatan jangkitan denggi di negeri Kedah, pembabitan masyarakat dalam usaha kawalan wabak dan kes adalah mustahak.
"Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat Negeri Kedah telah diadakan, semalam bagi meningkatkan kerjasama pelbagai agensi dalam usaha kawalan dan pencegahan denggi.
"Masyarakat perlu bersama memikul tanggungjawab melaksanakan aktiviti pembersihan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kediaman dan premis masing-masing," katanya.
Beliau berkata masyarakat diharapkan dapat memberi kerjasama kepada petugas kesihatan bagi menjalankan semburan ruang termal dalam premis kediaman masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu. - Gambar hiasan

3 maut termasuk 2 rentung dalam kemalangan di Segamat
Tiga lelaki maut termasuk dua rentung manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 172, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan Kampung Kwongsai, dekat Segamat.

KKD ambil perhatian isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media - Fahmi
Isu perlindungan hak cipta hasil kerja pengamal media adalah antara yang akan diambil perhatian oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

'Rumah tempat saya membesar...' - Issey sebak, rumah arwah ibu hangus terbakar
Penyampai radio Gegar, Issey Fazlisham sebak apabila melihat keadaan rumah arwah ibunya, Asiah Haron, di Kampung Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan hangus dijilat api.

Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.

6,750 notis kesalahan merokok libat kutipan RM1.6 juta di Pahang
Sebanyak 6,750 notis kompaun kesalahan bernilai RM1,592,100 telah dikeluarkan kepada perokok di Pahang tahun ini.

PSG cipta rekod Ligue 1
PSG terus dominan apabila mencipta rekod baharu menang 11 kejuaraan Ligue 1 selepas seri 1-1 di Strasbourg awal pagi Sabtu.

Ronaldo gagal menang liga bersama Al Nassr
MUSIM pertama Cristiano Ronaldo di Arab Saudi berakhir tanpa trofi apabila Al-Nassr terpaksa akur Piala Liga Pro Saudi itu menjadi milik Al-Ittihad.

Oliver Kahn, Hasan Salihamidzic dipecat sebaik Bayern Munich kekalkan mahkota Bundesliga
Bayern Munich memecat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Oliver Kahn, dan Ahli Lembaga Kesukanan, Hasan Salihamidzic, beberapa jam selepas merangkul kejuaraan Bundesliga ke-11 berturut-turut.

Kehendak 85 juta rakyat Turkiye didengar hari ini - Erdogan
Kehendak 85 juta rakyat Turkiye akan didengari dalam pemilihan presiden Ahad ini, ikrar Presiden Recep Tayyip Erdogan pada malam pilihan raya.

Tiada beg plastik setiap Sabtu di Ipoh bermula 1 Jun 2023
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan mengenakan caj penggunaan 20 sen pada Sabtu setiap minggu bermula 1 Jun ini.

Kes demam denggi meningkat 14.6 peratus pada ME ke-19, dua kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 41,175 kes berbanding 14,724 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Kes denggi minggu lalu menurun - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 iaitu bagi tempoh 22 hingga 29 April lepas menurun sebanyak 5.4 peratus.

Kes denggi di Pahang meningkat
Sebanyak 228 kes deman denggi direkodkan di negeri ini dalam tempoh Januari hingga 25 Mac lalu.

Kes denggi di Kedah catat peningkatan
Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus
Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kes demam denggi di Pulau Pinang meningkat 30 peratus
Pulau Pinang merekodkan 283 kes demam denggi sejak Januari hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 yang bermula 12 hingga 18 Jun.

Terengganu catat peningkatan kes denggi
Terengganu merekodkan peningkatan kes denggi sebanyak empat kali ganda dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Kes denggi meningkat 100 peratus di Labuan
Sepuluh kes denggi dilaporkan di Labuan setakat ini tahun ini, peningkatan 100 peratus berbanding sepanjang tahun lepas yang hanya mencatatkan lima kes, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.

Johor catat 28 kematian akibat denggi sejak Januari hingga pertengahan bulan ini
Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 18 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.

Kes denggi di Singapura cecah 22,403, paling buruk sejak 2013
Setakat 2 Ogos, Kementerian Kesihatan Singpura memaklumkan sebanyak 20 kematian dicatatkan akibat denggi.