PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya dengan dua kematian akibat komplikasi dilaporkan.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME08 ialah sebanyak 29,113 kes berbanding 17,388 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Beliau berkata terdapat 16 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 14 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023.
Dari segi bilangan lokaliti hotspot, beliau berkata jumlahnya meningkat kepada 196 berbanding 185 pada minggu sebelumnya, dengan jumlah tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu 155 lokaliti, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (16), masing-masing lapan di Perak dan Negeri Sembilan, Pulau Pinang (tiga), Sabah (dua) serta masing-masing satu di Kedah, Johor, Melaka dan Pahang.
Dr Muhammad Radzi berkata bagi survelan chikungunya, terdapat dua kes direkodkan pada ME08 dan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini ialah enam kes, manakala bagi survelan zika, sebanyak 361 sampel darah telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Dr Muhammad Radzi berkata terdapat 16 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 14 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023. - Gambar hiasan/Pixabay
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
Kes denggi meningkat pada ME08, dua kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 3,572 kes pada Minggu Epidemiologi ke-08 (ME08) 2024 iaitu bagi tempoh 18 Feb hingga 24 Feb, berbanding 3,483 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi catat peningkatan, satu kematian minggu lepas - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-12 2023 iaitu dari 19 Mac hingga 25 Mac, meningkat 14.8 peratus kepada 2,469 kes berbanding 2,151 kes pada minggu sebelumnya.