Kes demam denggi di seluruh negara menurun 25 peratus pada minggu ke-27 bagi tempoh 3 hingga 9 Julai dengan 1,512 kes dilaporkan berbanding 2,017 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata trend kes mingguan ini hampir sama setiap tahun di mana pada masa cuti perayaan ramai pesakit tidak pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, beliau berkata kes dijangka akan meningkat dua minggu selepas cuti ini berlalu.
Dr Noor Hisham berkata jumlah kumulatif kes denggi dari Januari hingga 9 Julai lepas menunjukkan penurunan 5.4 peratus (3,354 kes) iaitu 59,294 kes bagi tahun ini berbanding 62,648 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
"Bagi tempoh yang sama, sebanyak 134 kematian telah dilaporkan berbanding 173 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, dengan peratusan pengurangan sebanyak 22.5 peratus atau 39 kematian," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Jumlah kes lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan iaitu daripada 660 lokaliti pada minggu ke-26 kepada 617 lokaliti pada minggu ke-27, katanya.
"Walaupun begitu, banyak lokaliti wabak tidak dapat dikawal dan menjadi hotspot (wabak melebihi sebulan) kerana keadaan persekitaran yang masih kotor," jelas Dr Noor Hisham.
Menurutnya, purata kadar pembiakan Aedes di kawasan hotspot adalah 3.5 peratus, iaitu melebihi standard yng ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang dari satu peratus.
Oleh sebab itu, katanya, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing dan meluangkan masa setiap minggu untuk melaksanakan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Mengenai jangkitan virus Zika, Dr Noor Hisham berkata 507 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) namun, jangkitan virus itu tidak dikesan di negara ini sehingga 7 Julai lepas.
Bernama
Sat Jul 16 2016
Jumlah kes lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan iaitu daripada 660 lokaliti pada minggu ke-26 kepada 617 lokaliti pada minggu ke-27. - Gambar hiasan
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Kes demam denggi meningkat pada ME 45, dua kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan meningkat kepada 1,583 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 45 bagi tempoh 3 hingga 9 Nov lepas berbanding 1,346 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
Kes denggi meningkat pada minggu kelima 2024, tiada kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi kumulatif yang dilaporkan hingga ME05 ialah sebanyak 18,427 kes berbanding 11,127 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Lebih RM18 juta kompaun dikeluar cegah demam denggi
Sebanyak 4,264 kes juga telah didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 911 kes telah disabitkan kesalahan dengan jumlah denda RM2,349,950.
Kes denggi turun sedikit, tiga kematian dilaporkan pada ME49 - KP Kesihatan
Kumulatif kes denggi tahun ini sehingga ME49, sebanyak 114,365 kes berbanding 60,110 kes bagi tempoh sama tahun 2022.
Kes demam denggi di Ipoh meningkat 265.9 peratus
Rumaizi berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 265.9 peratus berbanding dengan 129 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
1,877 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi 16
Sebanyak 1,877 kes demam denggi dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 16 iaitu dari 16 hingga 22 April, penurunan 522 kes atau 21.8 peratus berbanding 2,399 kes pada minggu sebelumnya.
Selangor catat 31,822 kes demam denggi sejak Januari - Pengarah Kesihatan
Berlaku peningkatan kes sebanyak 131.5% melibatkan 18,077 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) sama tahun lepas iaitu sebanyak 13,745 kes.