awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2024
08:32 MYT
Kes Ebit Lew: Saksi tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki milik siapa
Ebit ketika hadir ke Mahkamah Tenom. - Gambar/ Sinar Harian
TENOM: Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching tidak tahu 17 gambar kemaluan lelaki yang didedahkan dalam keterangan di mahkamah adalah milik siapa.
Chang Ching yang merupakan saksi kelapan menjawab soalan yang dikemukakan oleh peguam bela Datuk Ram Singh yang mewakili pendakwah terkenal itu dalam pemeriksaan balasnya pada Khamis.
Ram dalam pemeriksaan balasnya bertanya kepada Chang Ching bagaimana beliau mengenal pasti 17 gambar kemaluan lelaki itu milik individu tertentu.
"Saya kenal pasti itu gambar kemaluan lelaki tetapi saya tidak tahu ia milik siapa," kata Chang Ching.
Chang Ching juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak pasti jika fakta borang permohonan analisis berkaitan dengan Ebit Lew.
Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas seterusnya menolak kemungkinan bahawa 17 gambar yang diekstrak adalah untuk memalukan Ebit Lew.
Dalam keterangannya lagi, Chang Ching memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak melakukan ekstrak terhadap siapa yang menghantar atau kepada siapa 17 gambar kemaluan lelaki itu dihantar.
Ram kemudian menamatkan sesi pemeriksaan balasnya sementara laporan daripada LGMS yang hanya tersedia pada tarikh perbicaraan seterusnya.
Untuk rekod, dalam perbicaraan pada Rabu, Chang Ching memberitahu mahkamah terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam data yang diekstrak daripada telefon bimbit milik Ebit Lew.
Daripada 90 gambar itu, terdapat 17 keping gambar kemaluan lelaki yang ditemui di dalam data yang disimpan dalam sebuah pemacu kilat.
Sebelum itu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, diwakili barisan peguamnya iaitu Ram, Timothy Daut dan Chen Wen Jye.
Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zahidah Zakaria, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani
Ebit berhadapan dengan berhadapan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ebit Lew
#kes mahkamah
#gambar lucah
#gangguan seksual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan