PUTRAJAYA: Seorang kontraktor terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya bagi kesalahan mengedar dadah.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk M.Gunalan dan Datuk S.M Komathy Suppiah membenarkan rayuan Feroz Mohamed selepas memutuskan bahawa sabitan terhadapnya adalah tidak selamat untuk dikekalkan.
Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata ini kerana kes pendakwaan adalah berdasarkan keterangan anggota polis yang melakukan serbuan.
Beliau berkata keterangan itu adalah meragukan dan telah menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti saksi tersebut mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada hari serbuan dilakukan.
Peguam Afifuddin Ahmad Hafifi, yang mewakili Feroz, mengesahkan keputusan mahkamah itu kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Pada 26 Nov 2021, Mahkamah Tinggi mensabitkan Feroz dengan dua pertuduhan mengedar ganja dan menjatuhi hukuman mati terhadapnya.
Bagi kesalahan pertama, lelaki berusia 47 tahun itu didakwa mengedar 10,221.50 gram ganja di sebuah rumah di Jalan Permatang Kuala, Penaga, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang pada 1 tengah hari 25 Jun 2018.
Dia turut didakwa mengedar 2,354 gram ganja di sebuah rumah pangsa di Taman Seri Pinang, Seberang Prai Utara, Pulau Pinang pada 2 petang hari yang sama.
Pada prosiding hari ini, Afifuddin mengemukakan tiga hujah membabitkan tiga isu termasuk kegagalan hakim Mahkamah Tinggi menimbang kredibiliti anggota polis yang memberi keterangan.
Saksi itu adalah sebahagian daripada pasukan yang melakukan serbuan di mana dadah terbabit ditemukan dan beliau juga adalah individu yang menemukan dadah di dalam kenderaan yang dipandu oleh Feroz.
Beliau juga adalah anggota polis yang ke rumah pangsa di mana dadah itu ditemukan, dengan berpandukan maklumat daripada Feroz.
Afifuddin berhujah bahawa rakaman percakapan oleh saksi pembelaan yang bertemu dengan anggota polis itu sebelum beliau memberi keterangan di mahkamah menunjukkan bahawa individu yang dikenali sebagai Taiyob wujud namun tiada usaha dilakukan untuk menyiasat atau mengesan lelaki tersebut.
Pembelaan Feroz ialah ganja terbabit milik Taiyob yang tinggal di rumah pangsa di mana ia ditemukan.
Tertuduh juga mendakwa Taiyob telah menggunakan kereta terbabit dan dadah yang ditemukan dalam kenderaan itu adalah milik lelaki berkenaan.
Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 15 2023
Vazeer berkata keterangan itu adalah meragukan dan telah menimbulkan kesangsian terhadap kredibiliti saksi tersebut mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada hari serbuan dilakukan. - Gambar fail/Pexels
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Lelaki ditahan kurang empat jam selepas samun farmasi
Polis berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan bersama pisau yang dipercayai digunakan dalam kes berkenaan dan baki wang tunai hasil samun.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
OKU, pesara sanggup keluarkan wang kibar ratusan Jalur Gemilang
Setiap kali Ogos menjelang, ratusan Jalur Gemilang dan bendera negeri Perak akan berkibar megah di sebuah unit rumah pangsa Taman Harmoni.
Tikam rakan serumah 11 kali: Suspek lari, terjun dari tingkat lima
Seorang lelaki ditemui berlumuran darah dengan 11 kesan tikaman di badan dipercayai dilakukan rakan serumahnya di sebuah rumah pangsa di Desa Mentari.
Lelaki warga emas maut terjatuh dari tingkat 13 rumah pangsa
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis sedang menunggu laporan bedah siasat berhubung kes tersebut.
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.
Angkara sampah dari 'langit'
Masalah pembuangan sampah dari tingkat atas di bangunan perumahan merupakan antara kebimbangan majoriti penduduk di Rumah Pangsa Blok 2 Desa Mentari.
Kes edar ganja: Kontraktor terlepas hukuman gantung
Seorang kontraktor terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman mati terhadapnya bagi kesalahan mengedar dadah.
Samun berkumpulan: Polis tahan empat individu termasuk seorang wanita
Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam kes samun berkumpulan membabitkan sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, Ampang di sini, Jumaat lepas.
Rumah pangsa di Pulau Redang siap selepas lebih 10 tahun
Pembinaan rumah mampu milik berkenaan yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu pada April 2012 itu siap dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM28 juta.
Ketum: Dua penjawat awam antara sembilan lelaki ditahan
Kesemua lelaki berumur antara 22 dan 57 tahun itu ditahan pada 4.45 petang, hasil maklumat awam dan risikan polis.
Penghuni rumah pangsa sukar amal jarak sosial akibat saiz lif kecil
Tiga blok rumah pangsa 11 tingkat itu masing-masing hanya mempunyai satu kemudahan lif dengan saiz sebesar lima kaki panjang dan tiga kaki lebar.