awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga

Aida Aziz
Aida Aziz
13/09/2023
22:45 MYT
Kes gaduh: Buruh binaan ditahan dipercayai sebabkan kematian peniaga
Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai Rabu hingga Selasa depan. - Gambar hiasan
TAIPING: Polis menahan seorang lelaki berusia 40-an yang terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan kematian seorang lelaki di hadapan kedai serbaneka dekat Pokok Assam, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Razlam Ab Hamid berkata, pada 12 September jam 4.15 petang, pihaknya menerima panggilan dari seorang lelaki yang memaklumkan berlaku pergaduhan antara dua individu sehingga mengorbankan seorang mangsa berusia 50-an.
Katanya lagi, mangsa yang maut di lokasi kejadian merupakan peniaga dan suspek pula bekerja sebagai buruh binaan.
"Susulan daripada insiden itu, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Tindakan susulan telah diambil yang mana tangkapan dibuat ke atas seorang suspek lelaki di lokasi dan hari yang sama.
"Polis turut merampas satu topi keledar dan tiga batang kayu yang sudah patah," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Selain itu Razlam memaklumkan, ujian saringan awal ke atas suspek itu mendapati dia positif dadah jenis morphin.
"Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai Rabu hingga Selasa depan," katanya.
Jelasnya, mangsa telah dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada jam 9.45 pagi.
"Punca kematian adalah disebabkan 'coronary atherosclerosis with associated soft tissue injuries (penyakit jantung dengan kecederaan tisu lembut pada badan)," katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat mengenai kes jenayah kepada pihak polis supaya jenayah dapat dibanteras di daerah Taiping khususnya.
Topic Berkaitan
#kes gaduh
#Razlam Ab Hamid
#Kedai Serbaneka
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan