REMBAU: Malaysia akan mengambil bahagian mengemukakan hujahan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin pada 22 Feb nanti.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebagai negara yang menyokong kes dibawa Afrika Selatan terhadap Israel di bawah Konvensyen Genosid 1948, beliau sendiri akan membawa pendirian Malaysia mengenai perkara itu ke ICJ.
"Malaysia amat mengalu-alukan dan gembira dengan keputusan yang telah dibuat ICJ semalam yang turut menetapkan enam langkah sementara terhadap kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel sementara menunggu perbicaraan penuh.
"Langkah-langkah awal ini merupakan satu kemenangan bagi negara-negara yang mahu supaya kekejaman pembunuhan beramai-ramai oleh pihak rejim Zionis di Gaza tersebut dihentikan serta-merta.
"Di ICJ itu nanti, kita akan bawa suara Malaysia kerana kita merupakan negara pertama yang menyokong Afrika Selatan yang bawa kes ini di ICJ," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kenduri Rakyat DUN Kota di sini hari ini.
Dalam keputusannya semalam, ICJ mengarahkan Israel melaksanakan enam langkah sementara, termasuk mencegah pembunuhan beramai-ramai di Gaza, memastikan tenteranya tidak lagi melakukan sebarang tindakan genosid serta mencegah dan menghukum sebarang hasutan ke arah genosid.
Israel juga diarah membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza, menghalang pemusnahan dan memastikan pemeliharaan bukti yang berkaitan dengan dakwaan genosid dan mengemukakan laporan kepada ICJ mengenai semua langkah yang diambil dalam melaksanakan perintah berkenaan dalam tempoh sebulan.
Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau, berharap menerusi langkah sementara itu, Israel selaku negara yang menandatangani Konvensyen Genosid 1948 akan akur dengan keputusan ICJ tersebut.
Beliau turut berharap menerusi langkah sementara itu, bantuan kemanusiaan termasuk perubatan dan makanan dapat memasuki Gaza selepas ini sekali gus menamatkan derita penduduk Palestin.
Sementara itu, beliau turut menyatakan rasa gembiranya apabila rakan sejawatnya, Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock dalam kenyataannya mahu Israel mematuhi keputusan ICJ itu.
"Jerman yang merupakan sekutu terkuat Israel telah minta Israel akur dengan ketetapan sementara ini. Ia satu perkembangan baik, saya gembira beliau keluarkan kenyataan yang mengalu-alukan langkah-langkah sementara ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Ahli Parlimen Rembau ditemui media selepas menghadiri Kenduri Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kota, hari ini. - Foto Bernama
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
MEASAT, Mudah Healthtech jalin kerjasama, sedia telekesihatan Sihat Xpress pertama di Malaysia
Lebih 1,000 penduduk di Kampung Togop Darat 1, Ranau menikmati kemudahan kesihatan menerusi perkhidmatan telekesihatan Sihat Xpress yang pertama diperkenalkan di Malaysia.
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
Kes genosid: Malaysia kemuka hujahan lisan di ICJ pada 22 Feb
Malaysia akan mengambil bahagian mengemukakan hujahan lisan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda berhubung kekejaman Israel terhadap Palestin pada 22 Feb nanti.
Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel
Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.