KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengemukakan bantahan terhadap rakaman kenyataan daripada pengasas dan pengerusi eksekutif Ewein Bhd Datuk Ewe Swee Keng dengan menyifatkan ia sebagai direka palsu.
Ewe, 53, yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia selepas dikatakan terjatuh dari sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt lalu.
Peguam Gobind Singh Deo, mewakili Guan Eng, 60, berkata kenyataan tersebut perlu ditolak kerana ia bertarikh 14 Ogos lalu dan dirakam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta tidak mematuhi Seksyen 30 (8) Akta SPRM.
Beliau mempersoalkan mengapa bahagian-bahagian tertentu kenyataan itu ditulis tangan dan bahagian lain pula dalam format berkomputer sementara undang-undang telah menetapkan bahawa setiap bahagian kenyataan yang direkodkan oleh pegawai SPRM hendaklah secara bertulis.
"Tiga kenyataan pertama yang direkodkan secara berasingan oleh SPRM daripada Ewe tahun lalu seolah-olah membebaskan Guan Eng retapi kenyataan keempat yang direkodkan tahun ini, bagaimanapun seolah-olah melibatkan anak guam saya.
"Satu-satunya implikasi di sini ialah ia (kenyataan kononnya direkodkan oleh SPRM daripada Ewe) adalah direka palsu. Oleh itu, saya memohon kepada mahkamah untuk tidak membenarkan kesemua empat kenyataan itu diterima sebagai keterangan," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengemukakan bahawa kenyataan SPRM itu boleh diterima secara sah sebagai bukti kerana pihak pembelaan gagal mencabar bahagian rakaman kenyataan SPRM bahawa mendiang Ewe tidak dipaksa untuk memberi kenyataan itu.
"Pihak pembelaan gagal mencabar kenyataan lima muka surat yang direkodkan oleh SPRM bahawa saksi (Ewe) tidak dipaksa memberi kenyataan dan bercakap benar kepada SPRM," katanya.
Selepas mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak, hakim Azura Alwi menetapkan 13 Dis ini untuk memutuskan perkara itu.
Terdahulu, mahkamah mendengar keterangan saksi pendakwaan ke-16, Foo Jee Hai, 49, yang merupakan pengarah Emicro Services Sdn Bhd, yang berkata beliau telah memperkenalkan Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, kontraktor projek terowong dasar laut Pulau Pinang dan projek jalan utama di negeri itu kepada Ewe pada 2011.
Guan Eng berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Guan Eng berdepan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Mengikut pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu sebagai penghargaan mendapatkan projek berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Kuala Lumpur pada Mac 2011.
Setiausaha Agung DAP itu turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021
Lim Guan Eng hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi perbicaraan empat pertuduhan rasuah yang dihadapinya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan jalan utama di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. - Foto BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Kes Guan Eng: Rakaman kenyataan mendiang Ewe direka palsu - Pembelaan
Selepas mendengar penghujahan oleh kedua-dua pihak, hakim Azura Alwi menetapkan 13 Dis ini untuk memutuskan perkara itu.