awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes jangkitan denggi di Selangor meningkat

Bernama
Bernama
11/10/2013
09:03 MYT
Kes jangkitan denggi di Selangor meningkat
Ancaman denggi di Selangor berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan berikutan meningkatnya kes jangkitan dan kematian serta lokaliti wabak setakat minggu ke-40 tahun ini.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor hari ini terdapat 11,498 kes dilaporkan setakat 5 Okt lepas iaitu peningkatan 61.74 peratus berbanding 7,109 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Sebanyak 14 kematian akibat denggi dicatatkan tahun ini berbanding 11 kes bagi tempoh sama pada 2012. Dalam pada itu, sebanyak 230 lokaliti wabak dilaporkan di seluruh Selangor dengan 75 lokaliti (32.6 peratus) daripadanya di daerah Petaling, 71 lokaliti (30.9 peratus) di Hulu Langat dan 44 lokaliti (19.1 peratus) di daerah Gombak.
Jabatan itu dalam kenyataan menyatakan terdapat 16 lokaliti wabak tidak terkawal dan 22 lokaliti 'hotspot' atau wabak berlarutan di Selangor.
Selain itu, ancaman denggi di seluruh negara juga menunjukkan peningkatan apabila 23,829 kes dilaporkan tahun ini, iaitu meningkat 42.44 peratus berbanding 16,729 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Sebanyak 52 kematian dilaporkan setakat ini berbanding 27 kematian bagi tempoh sama tahun lepas.
Topic Berkaitan
#denggi
#jangkitan
#kematian
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan