Keyakinan orang ramai terhadap kemampuan polis menangani jenayah dijangka meningkat memandangkan jumlah kes jenayah menurun kepada 153,309 tahun lepas daripada 157,629 pada tahun sebelumnya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kemajuan itu adalah sebahagian daripada pencapaian program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, yang menyaksikan penurunan sebanyak 4,320 kes.
"Polis terus melaksanakan usaha menaikkan imej pasukannya dan meningkatkan keyakinan orang ramai," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Jenayah dan Isu Keselamatan - Antara Persepsi dan Kenyataan' pada seminar Transformasi Keselamatan dan Hak Asasi dan Undang-undang di sini hari ini.
Ismail berkata polis mengamalkan pendekatan berkesan dengan memberi fokus kepada penglibatan rakyat dalam program pencegahan jenayah.
NKRA mengurangkan jenayah adalah antara enam NKRA, yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai, 2009.
Menurut Indeks Peraturan Undang-undang Projek Keadilan Dunia (WJP) 2011, inisiatif GTP mengenai pengurangan jenayah, antara lain, merupakan faktor yang meletakkan Malaysia selangkah di hadapan Amerika dalam aspek keamanan dan ketenteraman.
Laporan Tahunan WJP 2011 meletakkan Malaysia di tangga ke-12 dalam kalangan 66 negara yang diliputi penilaiannya tentang keamanan dan ketenteraman.
Sementara itu, naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye menyeru orang ramai supaya meningkatkan penyertaan mereka dalam program pencegahan jenayah kerana sikap prihatin terhadap jenayah mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam program pencegahannya.
Katanya objektif akhir program itu ialah menyemai budaya mencegah jenayah dalam masyarakat.
Sejajar dengan itu, kata beliau, polis perlu meningkatkan perkhidmatan kepolisan untuk orang ramai kerana cabaran paling besar bagi pasukan itu ialah meyakinkan mereka tentang pengurangan kadar jenayah dan mengatasi ketakutan mereka mengenai jenayah.
Bernama
Tue Jan 15 2013
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kes jenayah turun 153,309 pada 2012
Keyakinan orang ramai terhadap kemampuan polis menangani jenayah dijangka meningkat memandangkan jumlah kes jenayah menurun kepada 153,309 tahun lepas.