Kes keganasan rumah tangga di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 11 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Pembangunan Wanita, Che Azizah Che Rashid.
Katanya, berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), dari Januari sehingga September lalu, terdapat sebanyak 3,673 kes berbanding 4,123 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Namun begitu, katanya, pada tahun-tahun sebelumnya, statistik kes tersebut menunjukkan peningkatan bermula tahun 2010 sebanyak 3,173 kes dan diikuti 3,277 kes (2011) dan 3,488 kes (2012) dan 4,123 kes (2013).
"Antara faktor yang menyumbang kepada penurunan kes adalah kerana kempen kesedaran berterusan oleh kementerian dan kesedaran orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak polis," katanya ketika ditemui Bernama pada Program Perbincangan Meja Bulat bersama Pertubuhan Sukarela Kebajikan (NGO) Zon Timur di sini hari ini.
Kira-kira 200 NGO dari Terengganu, Kelantan dan Pahang menghadiri program anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu dan turut dihadiri Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu Saharuddin Mohd Kia.
Che Azizah berkata, sebelum ini kesedaran orang ramai untuk tampil ke hadapan dan melaporkan kejadian kurang kerana beberapa faktor antaranya malu atau takut.
Katanya, rekod PDRM juga menunjukkan kes berkenaan meningkat setiap tahun di sesetengah negeri.
Sebagai contoh, katanya, di peringkat Zon Timur, di Kelantan sebanyak 473 kes dilaporkan sejak Januari hingga September lalu berbanding sebanyak 413 dalam tempoh sama tahun lalu. Di Terengganu 177 (178) dan Pahang 175 (165).
Che Azizah berkata, kebanyakan punca atau motif kejadian kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan membabitkan kecurangan, selisih faham, masalah kewangan dan masalah anak-anak.
Katanya, KPWKM sentiasa mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kes keganasan rumah tangga dengan tujuan memberi perlindungan kepada mangsa.
Talian Nur 15999 disediakan untuk mangsa atau orang ramai membuat aduan.
Bernama
Sun Nov 30 2014
Antara faktor yang menyumbang kepada penurunan kes adalah kerana kempen kesedaran berterusan oleh kementerian dan kesedaran orang ramai. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Gencatan senjata di selatan Lubnan elak lebih banyak keganasan, serangan - PM Anwar
Perjanjian gencatan senjata di Selatan Lubnan yang berkuat kuasa semalam akan mengelakkan lebih banyak keganasan dan serangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pihak berkuasa Brazil siasat insiden letupan sebagai ancaman keganasan
Francisco Wanderley Luiz memandu sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan ke arah Mahkamah Agung.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Pakistan kecam serangan Israel guna peranti komunikasi di Lubnan
Menggunakan kaedah siber dan elektronik untuk melakukan keganasan di negara lain adalah tidak boleh diterima, kata Jurucakap Kementerian Luar, Mumtaz Zahra Baloch.
Pakistan bertindak tegas dalam memerangi keganasan
PM Shehbaz Sharif mempengerusikan mesyuarat kabinet persekutuan di Islamabad untuk membincangkan tentang serangan di Balochistan.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
Angka korban serangan bom berani mati di Pantai Lido Mogadishu meningkat kepada 32
Pada Jumaat, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di Pantai Lido yang popular berhampiran sebuah hotel di ibu kota Somalia.
Bangladesh sambung semula internet mudah alih selepas 10 hari tanpa perkhidmatan
Perkhidmatan itu disambung semula pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Lelaki ditahan di Perancis disyaki rancang keganasan
Polis Perancis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam kegiatan keganasan sehari sebelum pembukaan Sukan Olimpik di Paris.
PM Bangladesh tuduh pembangkang dalangi keganasan protes pelajar
Sheikh Hasina mendakwa parti pembangkang utama BNP dan Parti Jamaat e-Islami menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran negara itu.