SHAH ALAM: Penganalisis Jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berharap kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa berhubung insiden kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dapat memberi pengajaran kepada pelajar khususnya yang menetap di asrama.
Beliau berkata, kes buli yang lazimnya dikaitkan dengan institusi pendidikan terus berlaku.
“Justeru, kes yang diputuskan mahkamah pada Selasa adalah satu pengajaran buat semua terutama pelajar yang tinggal di asrama. Ini kerana ia melibatkan kematian.
“Memang dari dulu lagi insiden buli seperti hukuman denda berlaku, tetapi ia melibatkan kes yang ringan sahaja seperti cuci tandas.
“Bagaimanapun, masih ada sebahagian daripada pelajar di asrama ini didenda secara melampau sehingga membawa kepada kematian dan kecederaan. Diharap ini adalah kes terakhir yang berlaku di asrama,” katanya kepada Sinar Harian.
BACA: Pelaku umpama penjenayah yang tiada belas kasihan - Hakim
BACA: 90 tekapan seterika wap sebabkan kematian, tetapi bukan niat membunuh - Hakim
Sehubungan itu, Shahul Hamid berkata, ibu bapa dan guru harus memainkan peranan dengan mengawasi pelajar yang menginap di asrama.
Selain itu, menurutnya, kementerian berkaitan juga perlu mewujudkan satu prosedur operasi standard (SOP) khusus kepada pelajar yang disabitkan kesalahan.
“Jadi, hukuman dan peraturan yang ada sekarang boleh disemak semula supaya kejadian buli tidak lagi berlaku,” katanya.
Sementara itu, sayap pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendesak agar satu inkuiri diadakan bagi mengenal pasti punca tiada sebarang tindakan awal daripada pihak universiti bagi menghalang insiden melibatkan kematian Zulfarhan.
Naib Ketua Pejuang Muda Malaysia, Nik Fathurahman Nik Rasli berkata, langkah tersebut penting untuk meningkatkan tahap keselamatan pelajar serta menghalang insiden sama berlaku pada masa hadapan.
“Allahyarham Zulfarhan meninggal dunia selepas 10 hari menderita keseorangan di bilik asramanya akibat didera tanpa disedari pihak universiti. Inkuiri ini hendaklah menyiasat dan mengenal pasti jika wujud kecuaian pihak pentadbiran universiti dalam menjamin keselamatan pelajarnya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Artikel asal disiarkan di Astro AWANI: ‘Jadikan sebagai pengajaran’
Sinar Harian
Wed Nov 03 2021

Kes yang diputuskan mahkamah pada Selasa adalah satu pengajaran buat semua terutama pelajar yang tinggal di asrama. - Gambar fail

Azlinda Azman dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
Prof Dr Azlinda Azman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang baharu berkuat kuasa hari ini hingga 30 Mei 2025, demikian umum Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini.

Malaysia kerugian RM4.5 trilion akibat rasuah & ketirisan, masa untuk TRAC!
Melalui TRAC, mereka yang secara sukarela mengembalikan wang, vila percutian, aset bergerak dan/atau tak bergerak, dan lain-lain boleh diberikan pengampunan daripada pendakwaan dengan beberapa sekatan

Mahkamah Persekutuan tetap 21 Ogos dengar permohonan kebenaran merayu SIS Forum
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini untuk mendengar permohonan Sisters In Islam (SIS) Forum (Malaysia) (SIS Forum) untuk mendapatkan kebenaran merayu.

"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.42 bilion pada akhir April 2023 - BNM
Butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain.

Peguam Negara tolak representasi kedua pemilik Crackhouse Comedy Club gugur 3 pertuduhan - Peguam
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu diberitahu Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi kedua pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Mohamad Rizal Johan Van Geyzel.

Tindakan MP Pendang bandingkan saya dengan Tun M tidak masuk akal - Anwar
Tindakan tersebut didorongi oleh niat jahat yang jelas dan nyata serta semua rujukan kepada Dr Mahathir tidak sepatutnya dibuat oleh defendan (Awang Solahuddin).

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Kes dadah: Nasib penyampai radio Ismahalil diketahui 17 Julai ini
Mahkamah Tinggi memaklumkan nasib bekas penyampai radio Ismahalil Hamzah yang didakwa mengedar dadah jenis kanabis dua tahun lalu bakal ke tali gantung atau sebaliknya bakal diketahui 17 Julai ini.

Kes kematian Zulfarhan: Jadikan sebagai pengajaran
Kes yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa berhubung insiden kematian Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain diharap dapat memberi pengajaran.